Selasa, 5 Jun 2012

lelaki idaman hati!!


antara rupa dan hati mana menjadi keutamaan...
secara jujur pada aku biarlah ianya seiring...
hati yang baik itu memang sangat perlu dititikberatkan...
manakala rupa tidak menjadi hal utama tetapi biarlah lelaki yang dipilih itu sedap mata memandang...
memilih kena mengikut aturan ukur baju di badan sendiri...
dalam soal mencari lelaki impian biarlah bersederhana...
namun itu tak bermakna harus tangkap muat sahaja...
Tuhan bagi akal jadi buatlah pilihan itu dengan timbang tara yang sewajarnya...

dari dulu lagi aku sukakan lelaki yang tinggi...
kerana aku percaya lelaki sebegini akan terserlah ke-macho-nya...
aku kurang berminat dengan laki-laki yang mukanya kategori comel ini...

yang lain seperti mempunyai kerja yang tetap dan stabil juga aku nilaikan...
tak kisahlah kerja apa sekalipun asalkan boleh menanggung keluarga itu sudah memadai...
berpengetahuan agama terutama dalam soal solat itu cukup-cukup okie lah...
mempunyai aset sekurang-kurangnya kereta...
bonus tambahan jika sudah memiliki rumah sendiri...

boleh dikatakan kriteria itu ada pada wan...
syukur kerana dipertemukan dengan sahabat dunia dan akhirat ini...
keserasian yang amat secocok sekali...
bagaimana gila-gilanya aku begitu juga wan...
masih mengekalkan momentum hubungan seperti biasa...
di mana keluar berdua,berkaraoke,menonton wayang dan berjoging...
tiada had dalam melakukan apa-apa aktiviti waima status sudah bertukar...

aku tidak perlukan ucapan sayang ataupun madah untuk menawan hati ini...
cukup dengan bukti kasih sayang dari tingkah dan perbuatan sepanjang hubungan halal ini...
tidak perlu bersumpah setia menjanjikan bulan bintang...
aku cukup senang dengan apa yang sedang dan akan kami lalui...
walaupun ber-saya awak namun kami tetap bahagia...
sangat bahagia hinggakan sukar diungkapkan...
biar apa sahaja pandangan mata umum terhadap cara kami aku tak ambil pusing...
setiap orang ada cara tersendiri untuk mencipta bahagia...

pendirian aku tetap sama dari dulu...
nombor satu adalah hormatkan suami...
kedua,apa sahaja yang aku lakukan adalah di atas redha suami...
ketiga,menjadi diri sendiri yang tidak melanggar tatasusila mahupun adat resam seorang muslim...

kesimpulannya,sentiasa berfikiran positif dan usah terlalu menyekat kebebasan sendiri selagi ianya masih ada limitasi...acuan kita adalah berbeza..dan silalah hormati hak individu itu.!!

sekian :)




Tiada ulasan: