Selasa, 12 Jun 2012

sihat vs tak sihat!!!


semalam diri ini diserang 3 penyakit serangkai iaitu selsema,batuk dan demam...
terus ke klinik dan doktor suruh rehat di rumah...
dapatlah aku sehari MC...
selepas itu pulang bersama anak dan suami di rumah sendiri...
kredit untuk wan sebab telah mengambil tugas menjaga anak seterusnya melayan kerenah melasak dia itu..
nikmat tidur yang seolah-olah berada di syurga...
sedar-sedar 2 hero tersayang sudah berada di sebelah...
oh...lagilah terasa indah dunia ini...

dalam jam 5.00 petang bawa iqi ke rumah emak...
misi kami suami isteri adalah berjoging...
harus lawan demam ini dengan mengeluarkan peluh...
ah,demam sipi-sipi saja...
kali ini bertukar tempat dari tasik ke kompleks sukan kampung pandan...
sasaran aku adalah berlari sebanyak 10 pusingan...
inilah kali pertama aku demam untuk tahun ini...
rimas bilamana terpaksa menanggung kesakitan akibat mendapat 3 penyakit ini..
jadi penyelesaiannya adalah berlari-lari anak...
usah terlalu dimanjakan sangat badan...
semua itu adalah cadangan dari wan...

kesudahannya memang amat berkesan...
demam beransur-ansur kebah...
begitu juga dengan batuk...
cuma yang tinggal hanyalah selsema...
ahad ini akan turun kembali ke trek olahraga...
amalan sihat ini kena dilakukan setiap minggu...
itu tekad aku :)


notakaki:melangkah saja masuk ke pejabat terasa bahang air-cond...tak suka okie!!

Tiada ulasan: