Rabu, 27 Jun 2012

4 kunci kena ada sebelum kahwin!!!


sebelum kahwin arwah ayah aku kenakan 4 kunci syarat kepada wan...
tidaklah arwah itu memilih...
cuma mahu memastikan agar bakal menantunya mempunyai pendapatan yang tetap...
bukan jua mahu bermenantukan orang berada...
kerana duit bukanlah segalanya...
senang cerita,sediakan payung sebelum hujan...


1. Kunci kete - Ada
2. Kunci pejabat - Ada
3. Kunci simpanan - Ada la sikit.haha.
4. Kunci umah - Sudah ada juga

kriteria yang arwah ayah tanyakan pada aku sebelum setuju menjadi wali...
Alhamdullilah pilihan nan satu ini mendapat restu...
walaupun bukan bergaji besar...
tetapi segala keperluan setiap bulan boleh dikatakan amat memuaskan...
kami telah bincang segala bil-bil,duit rumah mahupun kereta dibayar oleh wan...
sementara aku pula hanya menguruskan hal dapur...
jika keluar tengok pada keadaan juga...
tak salah sesekali sang isteri yang belanja suami...
inilah yang dinamakan tolak ansur...

bila ada anak masih sama konsepnya...
hujung bulan dibagi sejumlah wang nafkah untuk membeli susu dan pampers anak...
jika ada lebih kira dianggap itu duit nafkah untuk aku...
senang dan mudah sebenarnya cara kami ini...
syukur setakat ini segala keperluan isi rumah cukup...
hendak kata hasil jimat tidaklah pula...
cuma kiranya mahu membeli apa-apa perabot kena rancang awal...
tetapkan harganya dahulu dan pada gaji seterusya kami kongsilah duit...
buat masa ini hanya bilik tidur iqi saja yang masih belum ditatarias...
almari dan kabinet awal-awal lagi sudah beli...
katil kena tunggu bila dia sudah boleh tidur sendiri,hahahha....

panjang pula mukadimah pagi ini...
ops...lagi 2 hari cuti-cuti berdua...
tak sabar sungguh...




Tiada ulasan: