Selasa, 3 April 2012

belum basi lagi!!!


dietku ke laut apabila wan mengajak keluar makan malam hari sabtu...
tepat jam 8.00 malam terus ke keramat...
kedai makan yang sudah sinonim untuk kami berdua...
agak ramai orang maklumlah hujung minggu kan...
oleh kerana teringin hendak makan char kway teow maka itulah makan yang aku pesan...
wan pula nasi goreng seafood...
manakala iqi hanya susu dicampurkan dengan milo sebagai bekalannya...




seperti biasa makan haruslah bergilir-gilir...
hero kecil yang akan memasuki 9 bulan ini mana boleh duduk diam...
apa yang ada di hadapan meja semuanya mahu disentuh...
aktif sepanjang masa kecuali tidur...
namun mama dan babah layankan sahaja keletahnya itu...
sekurang-kurang peneman yang satu ini sangat menghiburkan..
setuju!!




selesai makan singgah ke tesco ampang...
saja-saja jalan menghabiskan masa bersama-sama...
jam 12.00 tengah malam sampai rumah...
dan aktiviti tidur secara ber-trio pun bermula...


adios :)


Tiada ulasan: