Rabu, 25 April 2012

operasi mengecat bilik iqi!!


hasrat untuk menata rias bilik si kecil telah lama aku suarakan kepada wan...
cuma asyik tertangguh dek kerana kekangan masa...
proses mengecat bukan boleh dipandang ringan...
biarlah hasil nampak memuaskan hati dan yang penting memberi keselesaan kepada si kecil...
dalam beberapa minggu ini barulah nampak kerajinan aku meng-google beberapa contoh dekorasi cat bilik untuk hero kecil...
pemilihan warna paling aku suka...
warna yang sesuai untuk anak lelaki adalah seperti biru,kuning,oren dan warna2 pastel...
jika anak perempuan sudah pasti pink menjadi pilihan nombor satu...










lihatlah contoh-contoh hiasan bilik untuk anak lelaki...
teruja aku dibuatnya...
walaupun ringkas tetap menawan...

sudah ada tarikh yang sesuai untuk kerja-kerja mengecat ini...
harap ianya berjalan seperti dirancang...
setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka...
begitu juga aku :)

Tiada ulasan: