Isnin, 16 April 2012

2 hari yang pek!!


jarang sekali hujung minggu aku melekat di rumah...
ada sahaja agenda sama ada untuk diri sendiri,suami,anak,keluarga sendiri,keluarga mentua dan teman-teman...
mengikut perancangan mahu sahaja duduk rumah pada hari sabtu...
mahu bersantai sepuas-puasnya dengan kedua cinta hati...

sesuatu berlaku pada sabtu dimana encik suami telah menawarkan diri untuk membuat kerja-kerja rumah...
agak terkesima juga apabila awal-awal pagi wan telah bangun menyediakan sarapan...
pakej dengan bubur untuk hero kecil sekali...
wah..terasa seperti berada di syurga pula...
katanya hari itu adalah hari rehat untuk aku...
makanya peluang yang ada aku gunakan untuk bermain-main dengan iqi...
semua kerja rumah telah dibereskan dengan jayanya oleh wan sebelum jam 11.00 pagi...

selepas itu,bersiaplah kami bertiga untuk aktiviti menghabiskan duit...
niat di hati mahu sahaja ke sogo..
tetapi apabila mengenangkan keadaan jalan yang sesak aku batalkan sahaja...
terus mendapat idea untuk ke aeon setiawangsa...
kali pertama pergi ketika cuti bersalin...
memang besar pusat membeli belah ini jika dibandingkan dengan wangsa maju...
puas hati juga berterapi begini...
hasil selama 3 jam di sana dapatlah aku rembat seluar jeans dan sehelai baju di butik levis...
wan pula seperti biasa lebih suka membeli aksesoris seperti kaca mata hitam,tali pinggang dan barangan lelaki...
hasil keluaran duit yang paling banyak sudah tentulah untuk si kecil...
banyak sungguh pilihan pakaian kanak-kanak di sini...
sampaikan rambang mata semasa proses memilih...
harus berterima kasih kepada wan kerana dialah tukang bayar untuk hasil belian tempoh hari...
rezeki di tengah-tengah bulan...
syukur!!!

selesai membeli belah terus ke kedai makan bapa mertua...
dijemput ke sana kerana ada hal penting hendak dibincangkan...
tekaan aku sudah tentu mengenai hal adik ipar yang akan berkahwin pada bulan disember ini..
borak punya borak tak sedar sudah malam...
pelawaan tidur di rumah bapa mertua terpaksa ditolak kerana esoknya ada majlis perkahwinan di putrajaya...




apa pula aktiviti minggu ini..
tunggu!!!

sekian melaporkan dari meja sendiri...

Tiada ulasan: