Selasa, 3 April 2012

sambutan harijadi yang ringkas!!!


rancangan asal mahu meraikan harijadi bakal adik ipar di kenny rogers roaster...
tetapi terpaksa dibatalkan kerana restoran itu penuh dengan tempahan di hari ahad...
jadi,lokasi bertukar di rumah emak...
kami mengambil keputusan untuk masak sendiri...
mujurlah ada ayam di dalam peti ais...
kalau tak terpaksalah ke pasaraya berhampiran...
tak sanggup berempuh lautan manusia di waktu hujung minggu ini...

selesai menghadiri majlis kahwin kawan wan terus ke rumah emak...
mandikan iqi terlebih dahulu...
kemudian diberikan makan bubur sekenyang-kenyangnya...
habis 2 pinggan bubur dimakan iqi...
main-main sekejap dengannya...
dan tidak sampai 5 minit matanya nampak layu...
maka belayarlah hero kecil bersama babahnya...
bermulalah operasi memasak aku,angah dan emak...
hasil perbincangan kami bersetuju mahu masak tomyam ayam...
rasanya inilah kali pertama untuk tahun ini kami bergandingan memasak bersama-sama...
terasa seronok yang amat best sekali...

besday boy sampai dalam jam 8.30 malam...
sementara menunggu nasi dipanaskan kami menjamulah dulu kudapan seperti kek warna warni hasil belian di supermarket 99 dan kekacang...
sesambil itu layan berita dan bersembang kosong...
hero kecil yang paling teruja sekali...
paling menarik adalah aksinya ketika menonton televisyen...
lagak seperti orang dewasa...




walaupun majlis ini agak ringkas namun telah memberikan kegembiraan kepada bakal adik ipar...
sambutan yang di luar dugaan katanya...
sekali lagi dietku ke laut kerana turut serta dalam acara makan malam ini...



terdampar di sofa aku akibat kekenyangan...
mujurlah aku dapat kawal nafsu denagn makan setengah nasi sahaja...
Alhamdullilah semua hidangan habis dan licin di makan...
itu bermakna walaupun tidaklah segah makannanya namun apabila dimasak dengan kasih sayang pasti hasilnya memuaskan...

malamnya kami anak beranak tidur dalam kenikmatan...


notakaki:terasa bahagia apabila encik suami memuji masakan aku itu...hahahha!!!!!

Tiada ulasan: