Khamis, 5 April 2012

kita kawan selamanya!!


aku rasa bersyukur kerana ada kawan-kawan yang sekepala...
walau status aku sudah bertukar namun mereka tetap setia dengan aku...
peluang bertemu di padang futsal telah mengembalikan nostalgia antara kami semua...
ah...perangai gila-gila masih tidak boleh dibuang...
bergelak ketawa riang ria seperti sudah lama tidak berjumpa...
padahal selalu juga ber-yahoo massengger...

aku masih tetap seperti di waktu bujang...
sifat blur-blur masih tetap ada...
antara ramai-ramai kawan mereka berlima inilah yang terbaik...
masing-masing memahami kehendak dan perangai sesama sendiri...
dengan merekalah segala suka dan duka aku kongsikan...
kami ketawa dan menangis bersama-sama...

ah...aku rindukan saat semasa pergi lepak di klcc...
minum-minum di starbuck sambil bergosip...
layan baca buku di mph dari tengahari sampailah petang...
rindukan saat berkaraoke berlima...
pergh....paling besh sekali apabila ke gigs...
aku ingat lagi dimana kami berlima membeli kasut jenama converse yang sama...
pernah berkongsi baju dan seluar yang serupa...
tiada istilah jemu walaupun hari-hari jumpa...
ada sahaja aktiviti yang kami lakukan apabila mempunyai kelapangan...

aku ingat lagi betapa terkejutnya mereka apabila aku bagitau mahu bertunang...
pandai tak aku simpan rahsia,hehehhe?
pelbagai soalan yang bertalu-talu datang ketika itu...
tapi percayalah aku rindukan moment itu dimana terpancar kegembiraan di wajah mereka...

sampai esok pun tidak akan habis apa yang ingin dicoretkan...
sebab mereka adalah kawan-kawan yang aku anggap sangat bermakna...
mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan aku...
tidak pernah langsung aku lupai mereka walaupun telah punyai keluarga sendiri...
doa aku sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka...
merekalah yang telah mewarnai rencah dalam diari hidup aku...
akan aku ingat sampai bila-bila setiap memori yang telah kami lalui...
tiada kawan yang sebaik mereka waima di mana aku berada...
aku sayang mereka seperti keluarga sendiri...

walaupun berlainan latar belakang namun kami tetap sejiwa...
antara kami akulah yang paling muda...
ala,jarak umur antara 1 dan 2 tahun sahaja...
 nama mereka sentiasa terpahat dalam hati kita...

"kita kawan selamanya;itulah yang sering kami ucapkan...

terima kasih kawan kerana menjadi kawan terbaik aku....



oh....harus berhenti kerana entry ini amat menyentuh hati!!


notakaki:mereka membaca blog aku ini..jadi siapakah mereka akan aku ceritakan nanti!!

3 ulasan:

wanie berkata...

masa lu gtau nak tunang,rasa mcm nak lempang pun ada.pandai lu ye.
thanks tulis pasal we all.sayang lu beb.muahssss

ZUERA berkata...

kakakkakaka...gua saja nak bagi lu semua kejutan..sayang u all juga

Tanpa Nama berkata...

aku nak nages.lu tulis pasa we all.pasni karok sama2 nak?