Selasa, 10 April 2012

peringatan untuk diri sendiri...


dalam masa seminggu ini,ada hal yang terjadi di sekeliling aku...

SATU
kawan aku hendak bercerai dengan lakinya setelah 4 tahun berkahwin...
ada anak dua orang...
satu umur 3 tahun dan satu umur 1 tahun...
punca perceraian adalah laki dia mahu kahwin lagi satu...
sebelum mengandung anak kedua,pernah sekali laki dia buat hal begini...
tapi demi anak yang masih naif itu diberikan peluang...
dan untuk permintaan kali ini memang tidak dapat ditunaikan...
yang paling pedih sanggup suaminya itu menduakan dia dengan perempuan yang sama...
aduhai,orang ketiga itu memang tiada hati dan perasaan agaknya...
kenapalah masih berhubungan walaupun peluang telah diberi...
maaf juga telah kawan aku berikan kepada orang ketiga itu...
menangis kawan aku tatkala bercerita hal ini kepada aku...
berkali-kali dia menyoal apa salah dan dosa dia diperlakukan demikian...
usia perkahwinan yang masih hijau itu akan memasuki ambang perceraian...
sungguh menakutkan dan kasihan anak-anak itu...

menyirap darah ok!!


DUA
abang ipar aku mahu tambah cawangan lagi...
katanya sebab mahukan ana...
dia dan isteri telah berkahwin hampir sepuluh tahun...
namun kini dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun...
sabtu lepas dia telah memperkenalkan bakal isteri kepada bapa mertua dan adik beradik...
terkesima aku apabila bakal biras aku itu budak lepasan universiti yang usianya baru 22 tahun...
beza usia mereka adalah 13 tahun ye...
soal umur tiada masalah pada aku cuma yang aku terkilan mak bapa budak ini boleh senang-senang merestui perkahwinan anaknya itu...
menjadi isteri kedua pula...
kerja pun masih tercari-cari lagi...
pemikiran apakah ini????
mungkin abang ipar aku pun bersalah tetapi sebagai  yang berpelajaran aku pasti dia boleh berfikir mana yang baik dan buruk...
apakah yang dipandangnya pada abang ipar ku itu?
jika kerana cinta pandang pertama amat memualkan sekali...
mungkin hartanya yang melimpah ruah itu telah membutakan mata dia dan keluarga tentang kesengsaraan wanita yang bergelar isteri...
perjalanan hidup kamu masih panjang dan carilah orang yang lebih layak...
bukannya cara sebegini...
maaf jika kalian berfikir seolah-olah aku menentang hukum Allah yang telah ditetapkan...
tetapi aku amat sedih apabila manusia mengggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan mereka...
poligami tiada salahnya tapi biarlah betul pada cara dan rasional akal fikirannya...
di sini yang menjadi keralatan apabila seorang budak yang baru lepasan universiti bersetuju berkahwin dengan lelaki yang telah punyai keluarga dan anak...
walaupun alasan ingin menambah bilangan anak tidak bolehkah cara yang lain diusahakan...
kalau mahu berkahwin sekalipun carilah yang sebaya atau seangkatan umurnya...
dapat bayangkan perasaan biras aku itu...
pasti terluka dan sedih yang amat sekali....

namun bukan semua perangai lelaki macam ini ye...
ada yang memang dilahirkan untuk membimbing isteri dan anak-anak sampai habis nyawa...
itu semua nasib dan bahagian masing-masing.


PESANAN PENAJA
jangan riak dan takbur dengan bahagia yang kita ada sekarang...
usah publish di facebook dan twitter tentang betapa bahagianya kita dengan pasangan kita...
bersyukur dan berdoalah hari-hari yang masih bahagia setakat ini...
dan minta juga,bahagia itu kekal sampai mati...

hidup berumahtangga banyak onak duri...
jadi jaga hal tepi kain sendiri sudahlah...
setuju????

Tiada ulasan: