Selasa, 10 April 2012

hero kecil yang tidak kecil lagi...


oh..anakku semakin membesar...
aku pasti akan merindui saat dia masih digelar bayi...
9 bulan usianya 18/4 ini...
setiap bulan inilah moment yang sukar digambarkan...
perkembangan yang positif dan memberangsangkan menyentuh naluri ibuku...
anak yang sangat aktif dan periang persis mama dan babah...
ada sahaja keletahnya yang menghiburkan kami sekeluarga...
aku bersyukur kerana begitu mudah dan senangnya menjaga hero kecil ini...
bila demam,selsema dan batuk dilawannya sakit itu...
ampuhnya dia menangani masalah yang satu itu...

sudah pandai menonton televisyen...
paling suka bunyi-bunyi muzik...
pasti ada sedikit goyangan...
makan agak kurang sedikit kerana tumpuan terarah kepada mainannya...
bila bosan akan menjelajah di sekitar rumah...
tidak perlukan walker sebab sudah yakin dengan langkahnya sendiri...
walaupun masih memerlukan objek untuk berpaut terkadang nampak dia seperti mahu mencuba berjalan sendiri...
jatuh dan bangun perkara biasa...
yang utama adalah galakan dari insan-insan tersayang...







sasaran untuk anak kedua adalah tahun hadapan...
okey tak?

:_)

Tiada ulasan: