Rabu, 18 April 2012

emak jaga cucu!!!


ramai yang rasa aku amat bertuah sebab emak jaga anak aku...
dan seharusnya aku perlu rasa bersyukur...
selalunya tepat pukul 5.00 petang terus aku cabut dari pejabat...
walau kerja banyak sekalipun aku tinggalkan dan sambung pada esok harinya...
boleh dikatakan jarang benar aku ke mana-mana selepas waktu itu...
jika adapun hanya pergi berfutsal sahaja...
itupun baru 2 kali aku tinggalkan hero kecil di waktu malam bersama emak..
tetapi ada orang,lepas habis kerja dia merewang-rewang suami isteri entah pergi mana sampai malam biarkan emak dia jaga cucu...
kalau ada tujuan memang aku faham...
jika mahu merewang pun pergilah waktu siang...
malamnya pula berilah peluang emak rehat...
itulah namanya tolak ansur!!

cukup-cukuplah emak kita dah bela kita adik beradik dari kecik...
takkan sampai ke tua dia kena sambung letih jaga cucu pula..
agak-agaklah dalam hal ini...
sematkan rasa timbang rasa sedikit dalam diri...
apabila emak sudi mahu tolong jaga anak kita janganlah ambil kesempatan pula...
fikirkanlah pasal hati dan perasaan orang tua itu...

terus terang aku mengaku yang aku tidak gemar anak aku rapat dengan orang lain...
aku yang lahirkan dia...
dan semestinya sebagai seorang ibu tak sanggup rasakan mahu melihat anak aku berlebih-lebihan bermanja dengan orang lain...
dia harus diajar membezakan kasih sayang antara ibu kandung dan orang di sekelilingnya...
buat masa ini anak aku adalah cucu sulung sebelah keluarga aku...
dan aku faham kemanjaan yang diberikan oleh opah dan kedua-dua makciknya itu...
namun tidaklah aku lepas tangan dalam hal-hal mendidik anak...
kini tiba masanya versi acuan kami berdua mendidiknya pula...
harus belajar memikul tanggungjawab...

anak itu kan satu amanah?
jadi pandai buat kenala juga pandai jaga...

setuju!!!

Tiada ulasan: