Jumaat, 27 April 2012

hari ini hari JUMAAT!!


okey jumaat sudah!
pastinya penghulu segala hari ini sangat dinantikan...
tetiba mood kerja kembali di ranking yang teratas...
hati gumbira yang teramat sangat...

apa yang menarik 2 hari ini adalah akan pulang ke kampung arwah...
agak lama tidak menziarahi pusara ayahanda tercinta...
rindu kadang-kadang menjengah...
sayu sahaja hati apabila mengenangkan insan yang tercinta itu...
perginya secara tiba-tiba merobak jantung kami sekeluarga...
paling yang dirasai tentulah emak...
walaupun emak berlagak cool namun jauh di sudut hati ada kesedihan yang tersimpan...
yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata...
sepertimana emak,kami jua adik beradik harus begitu...
menyembunyikan kesedihan demi menjaga hati seorang lagi insan yang amat dicintai...
biarlah airmata itu dilepaskan sendirian tatkala sujud di hadapan-NYA...
hanya doa yang mampu kami iringkan...
semoga arwah ayah tenang di alam sana...
Amin!!!

awal pagi kami akan bertolak dan sebelum maghrib pula harus pulang ke kuala lumpur...
kerana ahadnya pula mahu ke sungkai,perak...
tengok betapa padat jadual untuk minggu ini...
apapun seronok tak terkata beb..!

selamat berhujung minggu

Tiada ulasan: