Selasa, 3 April 2012

rasa muda,kelihatan muda dan jadi muda!!!


agak ralat sebenarnya apabila mengenangkan gambar semasa di zaman bercinta tiada untuk dijadikan kenangan dek kecuaian diri sendiri...
ke mana hilangnya sim card pun aku tak tahu...
puas juga mencari di serata ceruk rumah namun gagal dijumpai...
akhirnya aku mengalah dan tidak akan mengulangi perkara yang sama...
lantas itu,apabila ada gambar berdua ataupun iqi pasti aku cuci dan simpan di dalam album...
bolehlah ditatap pada masa akan datang...
Insya-Allah!!!

sebelum ke kenduri kahwin di kampung pandan sempat jugalah kami bergambar berdua...
posing manja-manja seperti sebelum hidup bersama,tidur sekatil dan berkongsi suka duka,payau,kelat dan sebagainya..
jarang sekali peluang begini dapat dipergunakan...
sejak adanya iqi,gambar dia sahaja yang mengungguli carta...



baju warna sedondon itu memang langsung tidak disengajakan...
apabila orang tegur barulah perasaan...
aduhai,inilah kali pertama sejak kahwin warna tema sama...
kira pecah tradisilah,hahahaha!!!!
yang paling tak tahan bilamana aku ditegur nampak muda dan wajah sungguh berseri-seri...
mungkin aura berfutsal telah menjadikan aku kelihatan begitu...
ataupun perasaan aku saja...
ah...persetankan!!


:):)

Tiada ulasan: