Khamis, 5 April 2012

kahwin itu nikmat!


habis berfutsal semalam aku dan teman-teman seperjuangan lepak di kedai mamak menghilangkan dahaga...
sesambil itu bersembanglah kosong kami...
namun topik yang paling hangat adalah pasal jodoh...
untuk makluman hanya aku seorang sahaja yang sudah berkahwin...
seorang sudah bertunang,dua lagi sedang bercinta dan dua lagi masih tercari-cari pasangan ideal...
bagi kawan aku yang akan berkahwin itu yang menjadi kegusarannya adalah bagaimana kehidupan selepas kahwin...
hal kewangan,pembahagian masa,kepenatan menguruskan suami dan hal rumah serta pelbagai lagi...
yang sedang bercinta pula kewangan tidak stabil dan belum bersedia terikat dengan komitmen adalah alasan yang diberikan...
manakala yang bujang pula mengimpikan lelaki yang punyai kerjaya tetap,kewangan stabil dan punyai kereta serta rumah sendiri...
nampak semacam serius topik ini tapi percayalah suara kamilah yang paling meriah...
tergelak hinggakan terguling-guling pecah perut...

memandangkan akulah yang paling senior maka aku kongsilah pengalaman yang tak seberapa ini...
jujurnya,jika aku jadi mereka pastinya hal itu yang sering bermain di otak...
lebih-lebih lagi melibatkan soal kewangan...
yang kedua di mana hendak tinggal...
semestinya kita mahukan ianya berdekatan dengan tempat kerja...
yang selebihnya seperti tugas-tugas di rumah adalah perkara remeh...
memasak,mengemas rumah,melipat baju,menyediakan keperluan keluarga adalah benda yang kita sendiri akan mahir apabila sudah berkahwin...
tidak perlu kursus tentang ini sebab memang sebagai wanita sejak lahiriah itulah sifat kita...
tiada alasan kita tidak pandai melainkan MALAS...

semasa wan melamar telah aku katakan padanya yang aku langsung tak reti memasak...
masak nasi,goreng ayam,telur dan bancuh air sahajalah aku pakar...
juga aku berterus terang bab-bab mengemas itu tiada masalah...
sebab ianya menjadi minat aku terutama mendeko rumah...
namun dibalas dengan senyuman oleh wan dan dia tidak kisah...
aku masih ingat kata wan yang semua itu akan datang dengan sendirinya bilamana telah menjadi seorang isteri...
tempoh perkenalan aku dan wan tidak sampai setahun...
entah bila perasaan cinta itu datang aku sendiri kurang pasti...
tetapi yang membuatkan aku terima lamarannya itu adalah kerana aku yakin inilah lelaki yang boleh menjaga aku kelak...
aku cuma ikutkan kata hati...
dalam banyak kawan lelaki yang dikenali dialah pilihan aku...
kami tidak seperti pasangan lain yang bercinta...
cara kami tidak ubah lagak kawan-kawan...
tiada perkataan sayang terpacul sama ada dalam percakapan mahupun sms...
karaktor kami juga amat berbeda..
si tinggi dan si rendah yang bertemu dalam situasi tidak dijangka...
permintaan untuk menjadi teman istimewanya hanya dibuat melalui sms ...
akhirnya setelah tiga kali permintaan itu dibuat aku bersetuju tetapi bersyarat...
rahsiakan hubungan ini masing-masing sehingga bersedia mendedahkannya...
wan punyai kerjayanya sebagai pemain kelab bola sepak...
walaupun pada mulanya agak ralat untuk mengikut rentaknya itu...
terlalu payah untuk menetapkan hari untuk berjumpa...
sehinggakan terkadang muncungku akan kelihatan bilamana dia terpaksa menjalani latihan di saat-saat akhir...
bagaimana aku menerima semua itu dengan redha lagi sekali aku tiada jawapan...
boleh aku simpulkan Tuhan telah menetapkan bahawa dialah jodohku...
sebab itu aku tenang dan tidak mudah melatah bilamana aku tahu situasinya itu...

ada hikmahnya kami bertunang selama 6 bulan...
proses mengenali hati budi bermula di situ...
tidaklah aku katakan semasa berkawan tiada rasa itu...
cuma kekangan masa membuatkan ianya terbatas...
dan aku aku akui rasa cinta itu sedikit demi sedikit berputik di kala itu...
dari pemerhatian matahati aku menilai bakal lelaki yang menjadi teman seumur hidup aku...
oh....dari tingkah laku dan cara dia yang bersungguh sudah cukup meyakinkan aku bahawa pilihan aku tidak silap..

sejuta kesyukuran dimana wan telah punyai rumah sendiri...
proses itu nampak mudah bilamana kami sama-sama membeli perabot...
kelakar apabila mengenangkan saat-saat itu...
nyaris-nyaris berselisih pendapat ketika memilih perabot yang sesuai diletakkan di rumah...
namun jauh di sudut hati itulah memori yang akan dikenang sampai akhir hayat...
wang bukanlah jaminan kebahagiaan...
wang tidak boleh membeli bahagia itu...
juga tidak boleh digantikan dengan rasa gembira...
aku tidak mahu menjadi manusia yang mementingkan wang ringgit sehinggakan lupa pada setiap memori indah yang pernah dan akan kami lalui...

fasa kedua adalah setelah bergelar isteri...
pada mulanya memang kekok tapi aku lakukan yang terbaik...
syukur kerana aku cepat sesuaikan diri...
perlahan-lahan aku belajar memasak...
encik google telah memudahkan proses pembelajaran aku itu...
setakat ini belum kedengaran lagi permintaan wan untuk aku masak itu dan ini...
apa sahaja yang terhidang pasti dijamahnya...
bila diminta pendapat yang keluar hanyalah komen-komen yang positif...
semuanya berbentuk cadangan bukannya hentaman...
namun tidaklah aku memasak setiap hari...
ianya bergantung juga pada kelapangan waktu...
dan dari situlah minat masak datang dengan sendirinya...
apa guna masak yang berat-berat tapi mulut tidak henti-henti menyumpah...
tanamkan sifat yang bernama ikhlas itu...

setakat ini soal kewangan tidak ada apa-apa masalah...
pembahagian tentang belanja dapur,bil-bil dan rumah telah dibincangkan sebelum berkahwin..
Alhamdullilah Allah telah mempermudahkan segala urusan rumahtangga kami...
dalam pencarian pilihlah lelaki yang mempunyai pekerjaan yang tetap...
apa sahaja jawatan bukanlah pokok utama...
rezeki selepas kahwin memang ada...
percayalah bila ada anak rezeki akan makin bertambah...
dan aku bersyukur sejak berumahtangga aku perolehi ketenangan yang sukar dihuraikan...

aku tidak pernah menyangka perjalanan hidup aku sejauh ini...
liku-liku hidup berkelamin menjadi indah apabila masing-masing tahu peranan...
bohonglah jika tiada perselisihan faham...
bergaduh,bermasam muka dan tergigit lidah asam garam yang memeriahkah suasana sebenarnya...
dengan semua ini maka hubungan suami isteri dapat dieratkan...
kami masih melakukan aktiviti seperti menonton wayang,berkaraoke dan berjoging tanpa anak...
tiada langsung rasa bersalah sebab kami tahu had limit itu...
kadang-kadang ada majlis yang kami hadiri tanpa membawa anak...
namun ianya bergantung pada situasi dan keadaan juga...
usah terlalu merumitkan keadaan yang sebenarnya nampak mudah...

tumpuan kini membesarkan benih cinta kami itu...
akan kami berikan pendidikan dan ajaran yang sebaiknya untuk muhammad ra'if rifqi...
siapa sangka secepat ini aku mempunyai anak...
anugerah Allah untuk hamba-NYA...
dan sejak bergelar mama automatik terdapat perubahan kecil dalam diriku...
hilang segala penat bekerja apabila melihat kelibat anak kecil itu...
rupa paras yang seiras babahnya mengubat kerinduan apabila wan bertugas luar..

kata orang mengekalkan apa yang ada kini amatlah susah...
ada sahaja pancaroba yang mendatang...
realitinya sesetengah perkara yang dianggap susah sebenarnya boleh menjadi mudah...
banyak yang diperolehi apabila berkahwin...
di situ kita kenal apa itu maksud TANGGUNGJAWAB...
tiada sekolah atau universiti yang dapat mengajar bab itu...
bila kita sudah berada di kalangan yang bergelar PUAN barulah kita faham...

dari seorang yang zero kini aku boleh berbangga kerana dapat membahagikan masa antara keluarga,kerjaya dan diri sendiri...
terima kasih kepada sang suami yang memahami kehendak aku...
sabar dan terus bersabar dengan kerenah aku yang tidak tentu hala ini...
tidak pernah jemu memberi nasihat serta menegur perilaku yang kurang elok dipandangan matanya...
meminjam telinga mendengar keluhan aku tanpa lelah...
menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan dikala aku dirundung masalah...
jua menjadi babah yang terbaik untuk hero kecil kami...
sesungguhnya inilah nikmat yang tiada tandingan...

menjadi isteri dan mama adalah PHD bagi aku...
tiada langsung hasrat untuk aku melanjutkan pelajaran lagi...
kerjaya yang ada sudah memadai..
opss...berhenti kerja tidak akan sesekali aku lakukan...
aku gembira dengan apa yang aku lakukan...
namun yang pasti untuk tahun ini sasaran aku adalah beralih angin ke tempat kerja yang baru...
permohonan telah dibuat dan kini harus bersabar sahaja...

tersenyum kawan-kawan apabila mendengar pandangan aku...
kata mereka aku sudah matang...
ah...pengalaman mendewasakan aku...
kisah silam telah lama aku padamkan...
setiap apa yang berlaku tiada dendam di hati...
aku lebih senang menjadi diri aku sendiri...
adalah mudah berkawan dengan orang yang sama karaktor seperti aku...
dari mereka yang bertopengkan keplastikan...
masing-masing mempunyai prinsip hidup mereka...
kekhilafan sentiasa berlaku...
akan tetapi aku selalu pastikan ianya tidak berbuah dua kali...

setiap manusia mempunyai impiannya tersendiri...
kalau ditanya padaku,jawapanku adalah satu menjadi manusia yang terbaik di kalangan yang terbaik...
semakin menginjak usia semakin aku sedar yang masa sangat singkat...
jadi,apa yang aku ada kini teramat membahagiakan!!!


segalanya dimiliki hanya pinjaman...
sampai masa kembali jua ke asalnya...
ingat tu :)

3 ulasan:

wanie berkata...

bai,lu bernasib baik sebab wan anak orang kaya.takperlu bersusah payah macam orang lain.tapi gua respek cara lu.

Tanpa Nama berkata...

lu kira bertuah sebab kahwin dengan orang kaya.tak perlu bersusah payah macam org lain.but gua respek cara u berfikir.lu tetap bai yang dulu.

ZUERA berkata...

halo...

lu wanie ka?or nana,sha,kyra or yaya?sila sertakan nama ye,hahahha...

yg kaya bapa dia.dia biasa2 je.tapi gua bersyukur sebab dengan apa yg ada now.usaha kena beb...gua doakan kawan2 gua cepat dapat jodoh..pastu dapat anak n bolehlah kita berbesan,kakkaka