Isnin, 23 April 2012

minggu yang penat!!


satu minggu ini aku rasa amat penat sangat...
mungkin cik PMS mahu datang dalam minggu ini...
pasrah sahajalah...
cuti 2 hari ini adalah cuti rehat untuk aku...
tiada rancangan kemana-mana...
hanya lepak di rumah sahaja...
namun tiada makna bagi aku itu semua kerana tugas sebagai surirumah sedang menanti...
seronok rasanya apabila minggu ini dapat duduk di rumah...
sebagai hasilnya berjaya jugala aku mendeko bilik tidur utama dan bilik tidur iqi...
cuma hiasan ringkas...
baru kini ada masa untuk itu...
sabtu dan ahad ini aktiviti berjalan kembali seperti biasa...
akan pulang ke kampung sabtu ini...
balik hari sahaja...
ahad pula ke sungkai,perak untuk menghadiri majlis resepsi abang sham...
kedua-duanya adalah dua perjalanan yang berbeza hala...

aku rasa ada hikmahnya juga berehat di rumah semalam dan kelmarin...
selesai sudah kerja rumah yang tertangguh hampir 2 minggu...
puas terasa apabila dapat meluangkan masa di rumah...
apa yang menggembirakan dapat jugalah aku masak ikan patin masak lemak...
percubaan pertama yang tidak mengecewakan...
cuma harus dikurangkan cili kerana pedasnya terasa hingga ke tekak..

hari ini aku pergi kerja dalam keadaan yang masih lagi penat...
hari isnin memang begitu...
mood bersantai bersama suami dan anak masih terasa lagi...
lagi 2 hari adalah hari istimewa untuk aku...
sambutannya masih samar-samar lagi...
tapi aku lagi suka jika diadakan beramai-ramai bersama keluarga...
tak perlu ada kek pun tidak kisah...
janji ingatan dari mereka-mereka yang tersayang sudah memadai...
namun yang pasti ulang tahun pertama hero kecil pasti akan disambut dengan mengadakan rumah terbuka...
cadangnya ketika hari raya...

minggu yang penat tapi aku sukakannya!!

Tiada ulasan: