Ahad, 15 Januari 2012

S.Y.U.K.U.R

wah esok sudah isnin...
kemalasan pasti melanda apabila bertemu dengan isnin...
hari yang rata2 dari kita berkata perkara yang sama tentang hari isnin..
tidak kisahlah apa jua pendapat masing2 pada aku sama sahaja...
kerja tetap harus diharungi...
apabila cuti seharian maka bertimbunlah kerja keesokkan harinya..
jadi adalah lebih baik ke pejabat jika tiada apa2 yang berlaku...


dan seharusnya aku bersyukur kerana setakat ini perjalanan sebagai ibu,isteri dan pekerja dipermudahkan oleh-NYA...
walaupun si suami sibuk dengan medannya sendiri namun tidak pernah aku kesali...
perjuangannya bukan sia2 kerana pasti ada sesuatu yang menanti kelak...
mencari rezeki dengan caranya tersendiri itu menjadikan aku insan yang lebih menjadi tabah...
mujurlah Allah kurniakan anugerah termanis sepanjang hayat...
ada hikmah apa yang berlaku semuanya ini...
yang pasti apa sahaja yang datang aku akan tempuh dengan tenang...
perjalanan masih panjang lagi..
dan langkah kaki masih jauh untuk ditujui...
destinasi cinta sudah diperolehi...
dan kini hanya perlu mengukuhkan sahaja ikatan tersebut agar kekal mekar sehingga ke penghujung nyawa,..
sementara masih bernafas akan aku manfaatkan saat terindah bersama mereka yang aku sayangi dengan sebaik2nya...



terima kasih Tuhan!!!!