Selasa, 10 Januari 2012

okey je pada aku!

pejam celik pejam celik sudah hampir 3 minggu aku langsung tidak menyentuh nasi...
menu harian aku betul2 berubah sepenuhnya...
dan kini perasaan ingin makan nasi tiada dalam hati aku...
tiada lagi rasa terliur apabila melihat rakan2 menikmati nasi..
dan aku berjaya membuang perasaan itu akhirnya...
jika dahulu hanya sehari sekali aku makan nasi...
kini aku harus mengucapkan tahniah diri sendiri kerana dapat melakukannya...

jika ditanya apakah rahsianya aku akan jawab semuanya bergantung kepada diri sendiri..
paling penting harus fokus untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri kita...
tak pernah aku pedulikan kata2 orang yang menganggap usaha ku ini hanya sia2 sahaja...
tak kurang juga yang memperlekeh mengatakan ianya sementara sahaja...
kalau dengar cakap orang tidak kemanalah usaha kita itu...
selagi tidak membahayakan pada diri sudah kira memadailah...

walaupun aku tidak makan nasi namun tanggungjawab menyediakan makanan untuk suami tetap dijalankan...
cuma apabila makan bersama aku tukarkan kepada menu diet aku...
betul kata Rasullallah makan sebelum kenyang...
dan itulah yang aku pratikkan...
ambillah makanan mengikut kekerapan yang diperuntukkan...
aku telah hapus sebarang kudapan dalam badan aku...
lebih meminum air suam...
memang agak penat kerana kerap ke tandas tetapi sebenarnya ia sangat baik untuk badan kita..
fungsinya menyahkan lemak2 dan toksin yang terkumpul dalam badan...

Alhamdullilah dapat aku rasakan badanku kini ringan sedikit..
cuma memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan berat yang ideal...
harap2 semuanya berjalan dengan baik..
Amin!!!!!!

notakaki:tidak ambil nasi pun aku tetap aktif..jadi tolong jangan sempitkan fikirkan mengatakan kita akan lemah jika tidak makan nasi...

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!!!!

Tiada ulasan: