Jumaat, 20 Januari 2012

peluang yang ada usah dipersiakan...

semasa cuti bersalin 3 bulan wan pernah utarakan satu cadangan...
iaitu berhenti sahaja kerja dan tumpukan kepada rumahtangga...
kerana katanya dia mampu menyara kehidupan kami sekeluarga...
alasan yang diberikan adalah kerana kasihan melihat aku yang tidak putus2 membuat kerja rumah...
belum ditambah lagi dengan ketiadaanya berminggu2 apabila ada perlawanan bola sepak di luar lembah klang..
mana mahu lagi menguruskan hal2 di pejabat dan pulang ke rumah tumpuan pula diberikan kepada tugas2 sebagai ibu serta isteri...
dengan adanya anak kecil maka berlipat gandalah tanggungjawab itu...

perkara itu telah aku pertimbangan sepanjang 3 bulan cuti bersalin..
harus memikirkan semasak2 agar tidak menyesal di kemudian hari..
justeru itu,setelah meneliti dengan terperinci aku memilih untuk meneruskan bekerja..
walaupun mempunyai kerjaya aku rasa tiada masalah dalam membahagikan tugas di pejabat dan di rumah...
rasa sayang pula hendak meletakkan jawatan...
sudahlah berhempas pulas belajar semasa di universiti...
itu belum ditokok tambah kepenatan ke sana sini untuk menyiapkan assigment...
bersengkang mata belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik..
selepas itu berusaha dalam mencari pekerjaan yang sesuai..
entah berapa banyak resume dihantar agar dipanggil temu duga...
kemudian berjaya dalam temu duga dan seterusnya selesa dengan pekerjaan tersebut alih2 mengambil keputusan untuk berhenti...
oh...teramat sayang sebenarnya...
bayangkanlah liku2 yang terpaksa harus dilalui sebelum mencapai apa yang dihajati...

tiada istilah anak akan kurang mendapat kasih sayang jika wanita itu bekerja....
segalanya terpulang pada diri sendiri...
kejarlah cita2 itu dengan cara bersederhana...
cukuplah sekadar dapat merasa duit hasil titik peluh kita sendiri...
tepat jam 5 petang terus punch card dan tumpulah sepenuhnya pada keluarga...
senang,mudah dan efisien kan?
sebab itulah aku pilih bekerja dengan sektor kerajaan...
semuanya telah aku fikirkan semasa mula2 memilih kerja..
kerna itulah aku bersyukur dengan pilihan yang dibuat ini sangat tepat...

soal anak tidak menjadi kudis pada aku sebenarnya...
apapun aku ucapkan berjuta terima kasih kepada emak kerana sudi menjaga iqi...
itupun setelah mendapat izin sepenuhnya oleh wan...
buat masa ini aku selesa dengan perjalanan sebagai wanita bekerjaya,isteri dan ibu..
semuanya aku lalui dengan tenang..
walaupun membesarkan anak sesekali tanpa suami di sisi aku masih boleh menarik nafas lega...
aku kekal cemerlang melakukan tugas di pejabat...
hubungan dengan bos serta rakan sekerja pun baik...
begitu juga dengan hal2 di rumah...
semuanya aku lakukan tanpa ada masalah...
tidak timbul masalah anakku itu tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sekalipun..
sepanjang 6 bulan ini Alhamdullilah membesar juga anakku itu dengan baik,aktif dan sihat...
apabila waktu cuti kami berdua meluangkan masa yang sebaiknya...
tidak kiralah sama ada duduk di rumah atau sebaliknya....
asalkan bertiga itu sudah cukup membahagiakan....
segalanya telah kucurahkan setelah mengambil keputusan untuk berkahwin..
telah aku persiapkan diri dari segi mental dan fizikal...
tidak pernah aku kesali dengan apa yang berlaku...

walaupun sang suami mampu dari pelbagai segi tetapi aku masih mampu mencari nafkah dengan cara aku sendiri...
bukan soal duit keutamanya tetapi atas dasar kepuasan diri sendiri...
aku tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada suami..
selagi tulang empat kerat ini mampu berdikari itulah yang akan aku lakukan...
aku gembira dengan apa yang sedang aku jalani...
jawatan yang sedang aku pikul ini pun sudah memadai bagiku...
jika ada rezeki aku terima dengan hati yang terbuka...
apa yang penting restu dari suami yang mempermudahkan perjalanan ku kini....

jadi jangan sempitkan pemikiran jika bekerja maka anak2 akan terabai...
rumahtangga kucar kacir dan kemesraan antara suami isteri akan renggang...
seandainya niat kita ikhlas percayalah Allah akan membantu kita...
hanya jauhari yang mengenal manikamnya...

selamat bercuti panjang!!!

Tiada ulasan: