Rabu, 11 Januari 2012

aku bujang selama seminggu!!!

agak sadis tajuk ini tetapi percayalah tiada sekelumit rasa sedih pun....
tidaklah sesukar mana pun menjalani hidup demikian kerana rumah emak kan ada,hehehhe..
pulang sahaja ke sana dan jalani rutin harian seperti sedia kala...
tidak jauh beza sebenarnya apabila berjauhan dengan suami...
apabila rindu gunakan telefon bimbit dan ber-video call lah sepuas2nya...
ala masih di dalam Malaysia lagi...
jadi mengapa mahu melayan kesedihan yang tiada memberi apa2 manfaat...
usah ditambah kekusutan sang suami yang sedang berjuang di medannya tersendiri...
doakan sahaja semoga pemergiannya itu selamat...
yang penting kegembiraan di samping anak memang sukar dihuraikan...

oh,sejak anak aku belajar tentang sabar...
sudah mulai kurang melatah dengan benda2 yang tiada faedah...
lebih banyak berdiam diri dan redha dengan apa yang terjadi...
tetapi aku tetap dengan perangaiku yang gila2...
cuma kini lebih tenang sedikit lah...

aku memang suka kehidupan yang sekarang ini...
walaupun bergelar wanita bekerjaya namun hal anak tidak kuserahkan bulat2 kepada emak...
tugasan menjaga anak akan bertukar tangan apabila tamat waktu bekerja...
aku senang melihat keletah anakku yang lasak itu..
hatta penat macamana pun akan kuluangkan masa untuk bermain dengannya...
tanpa suami di sisi selama seminggu aku yakin boleh melakukannya...
setinggi ucapan terima kasih kepada emak dan adik2 kerana turut sama menjaga hero kecilku itu...
tanpa kalian akan kelam kabutlah aku dalam hal ini...

keluarga adalah segalanya...
meskipun sudah berumahtangga usahalah ikatan sedarah sedaging itu direnggangkan...
dicincang sekalipun air namun takkan putus...
begitu juga dengan darah yang mengalir dalam tubuh kita adik beradik...
tetap sama walaupun telah mempunyai kehidupan masing2...


entry yang agak melalut tetapi sangat jujur dari aku...

ikhlas tapi jauh!!!!



Tiada ulasan: