Rabu, 25 Januari 2012

ber-ICITY pada malam Tahun Baru Cina!!!






pada malam Tahun Baru Cina(ahad)aku,wan,iqi,emak dan adikku angah telah ke ICITY Shah Alam..
inilah kali pertama aku ke sini...
hasrat memang sudah lama dipendamkan namun memandangkan kekangan masa terpaksalah menanti masa yang sesuai...
apabila dapat ke sini tidak melepaskan peluang untuk merakamkan saat2 indah kami sekeluarga...
semasa kami sampai orang tidaklah ramai...
tetapi apabila masuk jam 11.00 malam ketika itulah ramai umat manusia sudah membanjiri sekitar kawasan ICITY ini...




apa yang menarik di sini adalah lampu2 yang menyinari sekitar kawasan ini...
tersangat meriah dengan perlbagai jenis aneka lampu...
kadang2 terfikir siapakah punya idea semua ini?
tarikan yang sememangnya lain dari yang lain...
iqi pula bagaikan teruja melihat kerdipan lampu yang ada...
matanya tidak berkelip dari mula datang hinggalah mahu pulang..
gembira melihat aksinya yang sebegitu....
adalah dalam sekali sahaja dia menyusu...

ini adalah antara aksi si kecil kesayanganku sepanjang berada di sini....










turut ada permainan yang sesuai untuk seisi keluarga...
bayaran yang dikenakan adalah RM5.00...
memang agak mahal namun sesekali turut serta tidak salahkan?
bukannya selalu....
kami hanya main satu permainan yang dikenali sebagai Eye On Malaysia...
Subhanallah memang indah ciptaan-Mu Tuhan..
dari atas dapat dilihat bandaraya Shah Alam yang amat mendamaikan...
hilang segala ketakutan akibat gayat apabila roda berpusing di atas...
dan iqi pula sangat2 teruja...
langsung tiada riak cemas mahupun takut...

syabas anak mama!!!







sebagaimana anak yang suka bergambar begitu juga dengan mama dan babahnya..
peluang yang ada tidak dipersiakan...
berbanyak terima kasih kepada encik ridzuan kerana memberi kerjasama yang baik...
kepada emak dan angah jutaan terima kasih menjaga iqi sepanjang berada di sini...
tanpa kalian mana mampu aku menguruskan iqi...
sayangggggggg sangat.....
muahsssss!!!!!





sebelum pulang singgah di KFC mengisi perut yang lapar...
di wajah kami berlima termasuk iqi terpancar kepuasan yang sukar digambarkan...
bak kata adikku tidak rugi bayar parking RM10,hehehhe....

sesiapa yang belum pergi aku sarankan inilah tempat yang menarik untuk seisi keluarga berhibur...
tempatnya sangat luas sesuai untuk anak2 berlari ke sana sini...
tetapi harus juga dipantau...

adios!!!!

Tiada ulasan: