Selasa, 3 Januari 2012

baiklah.... saya mengalah!!!

memandangkan kempen Piala Malaysia akan bermula tidak lama lagi maka akan kembalilah aku ditinggalkan keseorangan lagi..
dan bermakna cuti tahun baru cina akan duduk di rumah sahajalah...
tetapi aku ada rancangan tersendiri bersama emak,iqi dan adik2ku...
mungkin akan berkelah di Bagan Lalang selama 1 hari..

yang lain2 masih belum diputuskan lagi...
jika wan dapat cuti 2 hari maka aktiviti lain akan dibuat...
semuanya bergantung kepada jadual bola sepaknya...
aku tidak mahu terlalu bergantung pada wan apabila mahu ke mana2...
berdikari sudah menjadi kebiasaan ku semenjak bujang lagi...
dalam dunia moden sekarang itulah yang mesti ada pada semua para isteri...
berdikari dapat mengajar kita menjadi kuat dan tabah...
janganlah semua nya hendak bergantung pada suami...
harus ada sifat berani dalam diri masing2..
kadang2 suami juga harus diberikan ruang untuk melakukan aktiviti yang diminati..
asalkan si suami tahu tanggungjawab dan pandai menjaga diri itu sudah mencukupi...

aku sendiri sampai sekrang tidak pernah melihat wan menjalani latihan bola sepak apatah lagi turun padang melihat aksinya apabila ada perlawanan membabitkan pasukan PKNS Selangor...
biarlah aku menjadi penyokong kuat di belakang tabir sahaja...
dan perkataan mengalah itu sangat sinonim dengan orang yang berkahwin dengan pemain bola sepak,hehehhe
yang penting gembira dan bahagia dengan apa yang kita lakukan...
aku percaya kebahagian bukan untuk ditunjuk atau dipamer kepada orang lain...
prinsip aku adalah bersederhana dalam segala hal..
tidak perlulah segala apa berlaku hendak dikongsi bersama dengan orang lain...
simpanlah sedikit untuk privasi diri sendiri...
betul tak?

mengalah bukan bererti kalah tetapi mengalah pada benda yang baik pasti membuahkan hasil yang terbaik!!

notakai:kunci kebahagiaan adalah tidak menbandingkan kehidupan kita dengan orang lain..fikir2kanlah!!!!!!

Tiada ulasan: