Selasa, 3 Januari 2012

dari Medik ke PM Care...

salam semua...

hari ini aku cuti kerana menjaga anak...
emak aku ada beberapa urusan penting yang harus diselesaikan...
jadi secara rasmi hari ini tugas itu bertukar tangan...

petang ini rasanya mahu membawa hero kecilkku ke klinik...
ada sedikit ruam2 di tengkuknya itu...
hilang ruam di pipi kini berjangkit di tempat lain pula...
anak2 kecil memang biasa dapat ruam...
almaklumlah kulit mereka lebih sensitif dari orang dewasa...
terima sahajalah......

untuk tahun ini klinik panel wan telah berpindah ke PM Care...
aku tersangat gembira kerana Klinik Kita termasuk dalam senarai...
memang aku berharap sangat mahu menggunakan Klinik Kita kerana perkhidmatan sangat baik...
bolehlah selepas ini ke klinik tersebut untuk check up bulan2 iqi...
sudah semacam tawar hati hendak ke hospital atau klinik kerajaan kerana banyak insiden2 yang menyakitkan hati...
jika setakat menunggu giliran memang tiada masalah...
tetapi layanan serta perkhidmatan klinik kerajaan amat mengecewakan....
apa yang aku coretkan ini berdasarkan pengalaman sendiri...
bayangkanlah demam panas budak yang berusia 2 bulan boleh dikatakan tiada apa2 masalah...
bibir sudah biru pucat boleh dianggap masalah remeh...
malah tak dilayannya walaupun telah pergi kaunter kecemasan...
kena juga maki pekerja hospital dengan aku...
selepas itu aku serik lagi mahu ke klinik kerajaan...

jadi dengan adanya klinik panel ini lagi memudahkan urusan aku...
bila2 masa sahaja boleh pergi...
selalunya aku akan bawa check-up iqi pada hari sabtu dan ahad...
senang,efektif,cepat dan tepat,hehehehhehe!!!

okey selamat bekerja kepada yang bekerja...

:):):)

Tiada ulasan: