Khamis, 12 Januari 2012

kesibukan yang terlampau!!

mulai hari ini sampai minggu depan aku bujang selama seminggu...
makan tengahari bersama suami sungguh indah dirasakan...
ada juga diselitkan beberapa nasihat dari sang suami kepada si isteri...

ala seminggu sahajalah encik ridzuan...
saya pasti boleh menjaga diri

usah khuatirlah!!!

sejak akhir2 ini kerja makin bertambah...
jadi niat berblogging di pejabat agak merudum...
satu persatu kerja yang harus dibereskan supaya tidak bertimbun2....
membuat kerja sendiri sambil menanggung kerja orang suatu yang mencabar...
lebih2 lagi kini aku sedang berdiet...
jadi tenaga harus diperkuatkan lebih mantap lagi...
mujurlah sehingga kini aku masih diberi kesihatan yang baik...

walaupun kerja banyak tetapi itulah yang aku suka...
kerana masa dirasakan cepat berputar...
sungguh aku sukakan situasi yang demikian...
apabila sibuk maka tumpuan kepada makan akan berlalu begitu sahaja...

sebenarnya buat masa ini aku kebuntuan idea...
jadi carca marba lah apa yang aku mengarut di sini...
hahhaha

jangan marah!!!!!

Tiada ulasan: