Ahad, 1 Januari 2012

berkaraoke di malam tahun baru!!!!!

Asslammualaikum semua...

sambutan tahun baru 2012 telah kami sambut di bilik karaoke...
artis yang terbabit adalah seramai 4 orang,hahhaha...
aku,wan,adikku dan pakwenya...
nasib baik sudah booking awal2 lagi...
kalau tak kenalah tunggu giliran yang entah bila akan dapat....
adalah dalam 3 jam begitu kami membuat persembahan...
malas rasanya mahu bersesak ke Dataran Merdeka,Bukit Bintang,Putrajaya mahupun KLCC semata2 mahu melihat bunga api...
klise punya sambutanlah itu pada aku....
lebih baik melontarkan vokal sambil melayan perasaan dengan melalak sepuas2nya....
terapi terbaik di malam tahun baru...
iqi telah dipinjamkan seketika oleh emak...
tak ada hal punya hantar sebab emak memang suka jaga cucunya yang satu itu...
terima kasih emak!!!!!!

rancangan untuk ke Ipoh terpaksa ditunda lagi kerana kekangan masa...
begitu juga dengan family day yang terpaksa dirombak jadualnya...
sudah dijangka dari awal2 lagi sebab minggu depan kan sekolah sudah bermula...
jadi kebanyakkan ipar2 dan besan2ku sibuk dengan urusan tersebut...
aku sangat memahami...



sementara menunggu jam 10 malam kami pekena burger....
lepak2 kat kedai mamak sambil berborak....
teramatlah ramai orang di pusat karaoke Ampang malam tahun baru ini....
mereka juga seperti kami berempat...
sambil2 menunggu giliran melepaklah dulu di kedai mamak basahkan tekak...



tergambar di wajah masing2 kepuasan yanh tidak dapat diungkapkan apabila dapat berkaraoke...
memang seronok jika terapi begini dilakukan...
dari bersesak2 yang boleh mengusutkan kepala lebih baik berkaraoke...
apapun inilah cara ku,hehhehe..............



SELAMAT TAHUN BARU!!!!!


Tiada ulasan: