Rabu, 4 Januari 2012

rahsia keaktifanku..

agak kelakar juga apabila beryahoo massenger dengan kawanku..
lucu apabila diajukan soalan dari mana datangnya keaktifan aku lebih2 lagi selepas mempunyai anak...
sebab masih sempat lagi untuk bersukan selepas waktu kerja...
mana lagi penat kerja dipejabat selepas itu pulang ke rumah terus membuat kerja rumah...
untuk makluman sudah sebulan apabila tamat waktu bekerja pada malamnya aku terus ke gimnasium...
ianya akan ditemani oleh anak dan adikku..
jika wan pulang awal dia juga akan turut serta...
pulang2 sahaja mana ada kerja rumah yang tertangguh aku pasti akan langsaikan..
memang begitulah habit aku sejak sebelum kahwin lagi...
selagi kerja rumah tidak dibereskan aku tidak boleh tidur lena...
begitu juga dengan kerja di pejabat..
seboleh2nya aku mahu menyelesaikan dengan secepat mungkin...
tidak suka kerja tertangguh2...

dari mana datangnya tenaga itu aku sendiri tidak tahu...
kerana aku tidak mengambil apa2 suplement pun..
dahulu pernah jugala aku makan jamu MAAJUN ANGGUN BESTARI...
tetapi kini aku telah berhenti mengambilnya...
rasanya seperti ianya tidak sesuai dengan aku...
tidak larat rasanya asyik ke tandas...
selepas itu badan aku pasti keletihan...
jadi selepas berhenti aku dapati badan aku segar seperti sebelumnya...

aku akui dari dahulu lagi aku memang seorang yang aktif...
semasa di sekolah aku aktif berolahraga...
pernah juga mewakili sekolah...
tetapi apabila masuk universiti aktiviti itu aku kurangkan..
ianya beralih ke arah snokling
aku bukan jenis orang yang suka duduk diam..
ada sahaja yang mahu aku lakukan..
sampaikan semasa mengandung pun demikianlah sifat aku...
bayangkanlah sehari sebelum bersalin boleh panjat gunung berkelah di Eko Resort Sungai Kemensah,Hulu Langat...
agak merbahaya untuk mereka yang sarat bersalin namun percayalah sedikit pun tidak memberi apa2 kesan ku...
aku yakin Allah pasti akan membantu kita selagi kita percaya pada kemampuan diri sendiri...

nasihat aku jangan manjakan diri sangat...
jangan kalah pada usia...
kerana ianya cuma angka..
dalam dunia moden kini para isteri dan ibu harus lebih aktif..
banyakkan pergerakan kerana perjalanan darah akan berjalan lancar...
otak pun akan sentiasa cergas...

aku rasakan keaktifan aku kini berlipat ganda kerana sedang membuat 2 kerja di pejabat...
kadang2 aku ke sana ke mari menguruskan hal di pejabat...
aku bukan jenis yang boleh lama2 menghadap komputer...
boleh berpinar kepala aku,hehehhe..



rahsia keaktifan aku adalah JANGAN MALAS!!

hehehheh.....

adios....

Tiada ulasan: