Jumaat, 27 Januari 2012

kawal keselamatan untuk PM!!!!

kita mungkin disajikan dengan berita mengenai ancaman untuk meletupkan helikopter atau pun meracuni makanan pemimpin kita di luar sana....
tetapi yang jarang kita lihat atau ambil tahu akan tahap keselamatan yang diberikan kepada mereka yang dianggap sebagai orang penting atau ketua kerajaan....


tugas mengawal keselamatan Perdana Menteri Malaysia selalunya diberikan kepada Unit Tindakan Khas PDRM...
skuad khas yang diwujudkan bagi perisikan dan mengawal orang-orang kenamaan di negara kita ini...
mereka ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang sukar dikesan yang akan sentiasa mengawal Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri sedang tidur sekali pun....
dashatkan!!!

bagi Presiden Amerika pula ianya jawatan yang menjadi kawalan paling ketat didunia...
dari segi makanan sehingga ke ahli keluarga saudara mara terdekat akan dikawal pada tahap yang tertinggi sekali...
sebelum Presiden Amerika melakukan lawatan ke sesebuah negara pihak FBI akan merisik sebulan lebih awal akan tempat yang akan dilawati oleh Presiden..
dan ada ketika Presiden akan datang dengan sejumlah angkatan perang yang ramai....
gempak siot!!

gambar dibawah kejadian yang menimpa Perdana Menteri Australia ketika sambutan Hari Australia kelmarin...
sekumpulan puak orang asli negara terbabit melancarkan protes terhadap Perdana Menteri, Julia Gillard sehingga memaksa anggota keselamatan mengheret beliau sampai ke kereta....





ingat senang ke nak jadi pemimpin..??

Tiada ulasan: