Jumaat, 20 Januari 2012

HIDUP KITA!!!

dalam hidup kita ini banyak pilihan sebenarnya..
segalanya terpulang pada diri sendiri mahu memilih jalan yang diingini...
justeru itu usahlah disalahkan takdir jika pilihan yang dibuat itu salah...
sebagai umat Islam kita telah diberikan panduan sebelum membuat sesuatu keputusan...
berbaliklah kepada Yang Maha Esa...
Dia-lah rujukan yang paling tepat setepatnya...
bermohonlah petunjuk dengan seikhlas hati kepada-NYA...
nescaya keputusan yang dibuat itu akan memberi kepuasan kepada diri sendiri2..
Insya-Allah...

begitu juga dengan kehidupan yang sedang kita lalui...
barang yang lepas usahlah dikenang...
tumpukan pada masa yang mendatang...
bukan namanya hidup jika tidak diuji dengan pelbagai dugaan..
percayalah setiap ujian yang diturunkan akan mengajar kita tentang erti kesabaran dan ketabahan...
manusia yang sering diuji oleh Allah adalah manusia yang disayangi..
dan percayalah Allah menguji hamba-NYA mengikut daya mampu umat itu sendiri..
lantaran itu hindarilah dari terlalu mengeluh jika bertimpa2 ia datang...
sentiasa berfikir kecil sahaja dugaan ini jika dibandingkan dengan mereka yang lain...
belajar menerima apa yang berlaku itu dengan positif...
mungkin ini salah satu cara Allah untuk menebus dosa2 kecil kita...
ingatlah bahawa Allah itu Maha Penyayang..
dan sebaik2 manusia adalah manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan...

aku jua manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..
kekhilafan yang aku sendiri sedar atau tidak yang terkadang membuatkan hati2 kecil terasa dek kelancangan mulut aku...
mungkin gurauan yang dipamerkan itu disalahertikan...
namun jauh di sudut hati bukan itu niat ku yang sebenar...
dalam senda dan ketawa harus diakui kadang2 aku terlebih bicara...
berkata mengikut hasutan nafsu tanpa memikirkan perasaan orang lain...
itulah diri aku yang sebenar...

justeru itu,aku akan cuba menghindari sifat mazmumah yang satu ini...
yang pasti perubahan itu tidaklah drastik..
akan aku cuba lakukan sedikit demi sedikit...
dan harapanku agar ianya dipermudahkan..

sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita manakala yang baik semuanya dari Allah S.W.T!!!

Tiada ulasan: