Rabu, 11 Januari 2012

bila batu disangka emas 916...

agak terkejut beruk jugala mengenai aktiviti di sebatang jalan di Johor...
dimana ramai orang mendulang lopak jalanraya terbabit mencari emas..
sejak disebarkan oleh media massa pertambahan pendulang untuk mencari emas makin bertambah...
permulaan kisah kewujudan emas ini berpunca daripada tindakan seorang penduduk setempat yang mengambil batu di jalan terbabit untuk diletakan di dalam akuarium rumahnya...
apabila beliau melihat batu yang dikutip tadi dari dalam air kelihatan ia seperti seketul emas padu yang nampak asli pendek
maka dia menganggap itulah emas 916!!!


seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas...

"tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulen dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric....


Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit....

"batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas," kata beliau.


jadi.. kepada ibu bapa yang masih tekun mendulang itu hentikan sahaja..

membuang masa ok!!!!

Tiada ulasan: