Rabu, 4 Januari 2012

selamat kembali ke sekolah...

apabila budak2 mulai bersekolah maka jalan pun akan sesak...
pagi tadi keluar seperti jam biasa...
tetapi tidak selancar seperti 2 bulan sebelum ini....
dan selepas ini harus lebih awal keluar rumah untuk mengelakkan kesesakkan...

kepada semua para pelajar selamat kembali ke alam persekolahan...
dan untuk anak2 buah mak uda belajarlah dengan bersungguh2..
dapatkan keputusan yang membanggakan...
alam persekolahan cuma sekali seumur hidup jadi nikmatilah ia sepuas2nya....
yakin boleh!!!!
(macamlah anak buah aku baca blog ini,heheheheh)

zaman persekolahan memang menyeronokkan...
ramai kawan2 untuk bermain...
guru2 yang boleh dianggap sebagai ibu dan bapa...
hari2 ke sekolah tidak menjemukan..
ada sahaja aktiviti yang mahu dilakukan sepanjang berada di sekolah...
walaupun bidang akademik menjadi keutamaan tidak pernah dilupakan aktiviti riadah...
memang indahlah apabila mengenangkan alam tersebut....


semua kenangan manis+pahit+payau tersimpan rapi di ingatan..
kenakalan mengusik teman2 akan sentiasa terpahat dalam ingatan...
kini masing2 sudah membawa haluan sendiri...
kalau terserempak pun pasti akan tidak kenal..
kerana banyak perubahan yang berlaku pada diri masing2...
rindu pula hendak kembali ke sekolah,hahahha!!

kenangan mengusik jiwa...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN PUDU AKU MERINDUIMU!!

Tiada ulasan: