Rabu, 25 Januari 2012

berkhemah lagi!!!

Assalammualaikum....

kembali bekerja setelah puas bercuti...
cuti yang tersangat manis dan gembira untuk kami sekeluarga...
sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada hari isnin telah kami raikan di Bagan Lalang..
seronok kerana dapat berkhemah buat kali kedua...
bertolak 11.00 pagi dari rumah dan sampai kira2 jam 1.00 petang...
sementara menunggu air pasang bersantailah seketika di dalam khemah sambil menghirup udara segar,hehehehhe....





seperti biasa hero kecilku kekal cemerlang walau di mana berada..
adalah dalam 2 kali iqi tidur di dalam khemah...
yang paling menggembirakan ketika mahu cuba2 berenang
langsung tidak takut pada air...
pelampung yang dibeli oleh opah telah digunakan sebaiknya oleh iqi...
tetapi sayang seribu kali sayang kerana tidak dapat merakamkan saat indah itu...
bateri hp matilah pula...




kali ini persediaan dari segi makanan sangat rapi..
bekal yang dibawa adalah nasi goreng,mihun goreng,air oren dan buah epal...
seronok rasanya apabila aktiviti santai ini dilakukan...
mengikut rancangan asal mini perkhemahan ini turut disertai oleh adik2ku..
tetapi saat2 akhir ada perkara yang tidak dapat dielakkan maka hanya emak sahajalah yang ikut...
namun begitu kami berempat tetap enjoy!!

apapun terima kasih lah kepada emak kerana menjaga iqi semasa aku dan wan berenang..
lepaskan gian setelah sekian lama tidak ke laut...


yang terindah dalam hidup adalah apabila dapat bersama keluarga..
walaupun santai tetap membahagiakan...
dalam sibuk2 bermain bola tetapi sang suami masih sempat mencuri masa membawa kami berjalan2...

terima kasih babah!!!

Tiada ulasan: