Jumaat, 27 Januari 2012

selamat ulangtahun emak!!!

hari ini adalah harijadi emak aku yang tersayang...
sambutan telah diadakan malam semalam di old town...
walaupun sederhana namun emak nampak gembira dengan kejutan ini...
makan2 bersama anak2,menantu,cucu dan bakal menantu memang membahagiakan...
lebih2 lagi dengan keletah cucu yang pelbagai ragam....
syukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga...
terasa sedih juga kerana kekurangan seorang yang sangat penting dalam hidup emak...
dalam kepayahan dapat juga emak menempuh yang besar ini...
Alhamdullilah!!



pengorbanan emak memang sukar diterjemahkan....
kalau disenaraikan teramatlah banyak...
emak hanya ada satu dalam dunia ini...
dan tiada siapa yang dapat menandingi kasih seorang emak...
waima sudah bersuami tetapi emaklah sumber kekuatan...
selagi mempunyai kudrat akan kugembirakan hidupnya....
Insya-Allah!!!!


terima kasih juga kepada emak kerana menjaga Muhammad Ra'if Rifqi aka iqi semasa aku dan wan bekerja...
sepanjang 6 bulan dibawah jagaan opahnya iqi membesar dengan baik...
dan semoga ianya berterusan sehingga iqi dewasa.....
Amin!!!


ayong sayang emak!!!!!

Tiada ulasan: