Selasa, 28 Februari 2012

selagi boleh elak,elakkanlah!!!


bila ada salah seorang orang yang rapat dengan aku kahwin dengan suami orang..
aku rasa seperti naik berang sedikit...
mahu rasanya memberi hujah yang panjang sambil meminta dia berfikir implikasinya..
payah juga kalau hati dah suka dan berkenan...
cakap sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
orang-orang yang tengah mabuk cinta memang begitu...

merampas hak orang lain dengan cara tidak betul adalah sangat tidak baik bagi aku...
apabila lelaki yang kepunyaan orang,kahwin lain dan memberi alasan isterinya begini dan begitu,aku anggap itu hanyalah satu alasan paling murah...
janganlah memburuk-burukan isteri yang tidak berdosa...
kasihanilah isteri yang telah banyak berkorban itu...
mentang-mentanglah lepas punya dua tempat boleh singgah,selepas itu buruk-burukkan wanita yang pernah kau megahkan dahulu...
kenapa tidak terus terang sahaja yang kau memang hendak tambah lagi satu...

aku malas mahu cerita panjang pasal hal ini sebab aku bukan boleh langgar takdir yang Tuhan tetapkan...
cuma yang aku kesalkan adalah cara lelaki ini yang membelakangkan keluarga kawan itu...
sayang apa namanya jika pengecut bertentang mata...
takut menghadapi badai yang akan melanda diri mereka berdua ini...
bagaimanalah perasaan emak dan ayah apabila mendapat tahu yang anaknya itu sudah sebulan kahwin di thailand...
pasti remuk hati mereka kan????

berani buat berani tanggung!!!!


notakaki:cerita di atas adalah benar sepertimana yang diceritakan empunya diri kepada diriku..langsung tiada tokok tambah...dan kepada kawanku itu semoga jalan yang kamu pilih ini memberi kebahagian untuk kamu...Amin!!!!

3 ulasan:

ZUERA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wanie berkata...

ups..seperti kukenal orangnya itu,hehehe...
but right ur word,semoga dia berbahagia...

ZUERA berkata...

entry khas ditujukan buat kawan aku itu...tapi percayalah ianya ikhlas dari ati aku cik wanie..marah memang marah tapi mana mungkin aku boleh buang dia..masing2 sudah besar..pikir-pikirkanlah!!