Rabu, 15 Februari 2012

HATI


Hati
Suci atau kotor
Ada tiga perkara yang perlu kita teliti


Pertama : Sombong
Dosa pertama dari makhluk kepada Penciptanya
Iblis laknatullah
Megah dengan fitrah sang api.


Kedua : Tamak
Dosa pertama Adam dan Hawa
Hanya kerana sebiji buah
Dibuang dari syurga.


Ketiga : Hasad
Dosa pertama manusia di dunia
Kerana dengkinya Qabil
Habil menjadi mangsa.


Sekarang mari kita periksa diri
Apa kita punya ketiga sifat ini?
Jika ada walau sekelumit cuma
Maka masih belum suci lagi hatinya itu......




okie, babai~ :)

Tiada ulasan: