Selasa, 14 Februari 2012

review filem-azura!!

sabtu lepas adikku mengajak keluar menonton wayang dan berkaraoke..
katanya mahu belanja kakak kesayangannya ini..
peluang yang ada tidak harus disia2kan..
iqi seperti biasa opah yang menjaga...
terima kasih ye emak!!!!

niat hendak tengok cerita lain tetapi pawangan sangat penuh...
jadi aku layanlah cerita jiwang ini...
dan adikku itu pasrah sahaja dengan pilihan ku ini...

keseluruhannya filem ini sederhana sahaja...
tidaklah sangat memberi impak dari segi emosi kepada aku...
mujurlah hero dan heroinnya sedap mata memandang...
dari segi lakonan kedua2nya harus belajar lagi...
jalan cerita hampir 90% seperti filem asal...
namun telah digarap mengikut acuan zaman ini...
kredit kepada pemandangan di london dan paris yang tersangatlah cantik...
rasa mahu melancong ke sana pula,hehehhe....

bagi sesiapa yang hendak menonton bagi aku lebih elok menonton filem lain...
sebab pawangan penuhlah yang aku terpaksa tonton filem ini...
entah berapa kali adikku itu menguap..
dan sebagai mengambil hatinya aku belanja makan...
selepas itu kami bersuka ria di karaoke...
horey!!!


notakaki:shah jaszle terlalu jambu untuk memegang watak zack manakala neelofa pula harus diberi pujian..ada potensi untuk menjadi seperti fasha sanda!!!

Tiada ulasan: