Jumaat, 3 Februari 2012

oldschool sangat!!!!

dari review rakan2 mengatakan filem azura 2012 biasa2 sahaja...
malah mereka berpendapat filem asal azura lakonan fauziah ahmad daud(kak ogy) dan jamal abdillah itu lagi baik...
oleh kerana aku tidak mahu dikatakan bersikap pilih kasih maka akan aku jengah ke panggung untuk melihat hasil filem ini...
sama ada benar atau tidak kata rakan2ku akan aku ulaskan apabila sudah menontonnya...

bercakap tentang filem2 sekitar 1980-an ini aku juga meminatinya...
kadang2 aku layan cerita sebegini di astro..
bukan apa filem2 pada tahun ini pada aku sangat klasik..
mempunyai nilai estitika yang sukar diterjemahkan..
jalan cerita yang benar2 jujur..
ditambah pula dengan lakonan para pelakon yang mantap...
misalnya,sekuel2 filem dari badul...
lawak dan jalan ceritanya yang pelbagai2 itu membuatkan filem itu diminati ramai...
kita lupakan seketika filem2 semasa piring hitam semasa zaman kegemilangan tan sri p.ramlee..
kerana sudah sedia maklum lagenda yang satu ini memang tiada tolok bandingannya...


sampai kini aku masih meminati filem asal azura...
aku sendiri pun kurang pasti mengapa aku berperasaan demikian...
dan aku bukanlah peminat tegar kak ogy namun aku sukakan lakonan beliau...
cara pembawakan kak ogy apabila berlakon memang terbaik..
mungkin kerana darah seni yang mengalir dalam diri membuatkan beliau boleh menjiwai watak azura dengan berkesan..
aku turut meminati filem ali setan...
walaupun berpuluh2 kali menonton namun tidak timbul perasaan jemu...
karakter azmil mustafa sangat comel...
lebih2 lagi apabila dia mengusik asmidar....
seolah2 ianya realiti kehidupan pelajar2 yang menuntut di menara gading...



gila2 remaja lakonan faizal hussein merupakan filem yang sangat dekat di hati aku....
masa menonton tipulah jika aku katakan yang tidak terpukau dengan kekacakan faizal hussein ketika itu..
sudahlah tinggi,cara pakaian memang ada stail dan yang penting gentleman...
yang aku paling tertarik adalah motosikal yang digunakan beliau...
peh...kira2 boleh dikategorikan sebagai lelaki idaman malaya lah...
dari sejak itu aku telah memasang angan2 untuk mencari bakal suami yang tinggi seperti beliau,heheheh...
Alhamdullilah impian itu sudah tercapai...syukur!!!!





inspirasi gaya aku berfesyen semasa di uitm dahulu adalah dari filem gila2 remaja...
seluar jeans ketat ditambah pula dengan jiwa aku sukakan muzik grunge...
ketika itu pallas jazz dan converse menjadi kasut kegemaranku...
ditambah pula dengan gaya solekan yang menyerupai gadis motor...
sampaikan aku dicop minah motor oleh kawan2ku,hehhehe....
hujung minggu sahaja apabila ada gigs pasti aku akan sertai...
boleh dikira itulah zaman kegemilangan aku sampailah tamat belajar...
agak kelakar apabila diimbas kembali namun percayalah aku rindukan saat2 itu...
kerana walaupun demikian pelajaran tetap menjadi keutamaanku...
aku tamat belajar dengan jayanya.....
teramat bersyukur!!!

jadi aku berharap filem azura 2012 lebih baik dari azura 1984..
kerana pengikut azura 1984 pasti mempunyai harapan terhadap filem ini...
pendek kata,bawalah keluarga anda menonton sekali terutamanya anak2...
ala2 kenangan mengusik jiwa...
hahahha!!!


notakaki:kawan2 sekampus semuanya sudah entah kemana.....jika ada reunion pasti aku akan hadir!!!

1 ulasan:

wanie berkata...

oh lupa lakimu pun ala-ala fh kan?