Khamis, 9 Februari 2012

destinasi pertama-DATARAN PAHLAWAN!

kesempatan pulang ke kampung arwah ayaku di melaka telah kami manfaatkan sebaiknya..
ahad pagi dari kuala lumpur terus ke ayer keroh..
kami bersepakat mahu meronda2 di sekitar dataran pahlawan...
adalah dalam jam 12.30 tengahari kami tiba di sana...
isi perut dahulu di food court melaka parade
selepas itu bermulalah acara berjalan2 beramai sambil belajar tentang sejarah negeri melaka,hahahaa








ketika ini cuaca sangatlah panas..
namun tidak aku hiraukan kerana keseronokan berjalan mengatasi segalanya..
mujurlah semasa naik tangga untuk melihat artifak sejarah peninggalan melaka aku tidak mengalami apa2 masalah...
di sini kita dapat melihat tulisan mengenai sejarah portugis di melaka...
paling menarik adalah dari atas dapat dilihat kapal2 berlabuh di laut china selatan..
terasa nyaman sekali dengan angin2 yang bertiup sungguh kencang...
dan peluang ini tidak melepaskan untuk bergambar...







ronda2 di dataran pahlawan memang mengasyikkan..
dapat diperhatikan pelbagai ragam pelancong...
bergambar semestinya menjadi keutamaan...
di sini terdapat beca yang beraneka hiasan...
semuanya cantik2 belaka...
setiap beca diselitkan muzik untuk menarik pelancong menaiki beca masing2...
sambil menikmati permandangan di sekitar dataran pahlawan bolehlah berhibur..
sungguh kreatif idea2 mereka ini...

syabas!!!

akan tetapi harga untuk menaiki beca membuatkan aku terkedu...
RM35 sekali naik ye...
rata2 yang naik adalah dari kalangan pelancong2...
perkara biasa kerana jarang sekali mereka mendapat peluang sebegini...












niat di hati mahu membeli barang2 cenderhati tetapi harganya sangat mahal...
jadi adalah aku sambar topi untuk wan dan iqi...
bolehlah dijadikan kenang2an...
dataran pahlawan 10 tahun lepas dan kini adalah jauh berbeda..
tempat parking kereta pun tidaklah jauh...
cuma perlu berjalan kaki sedikitlah...
sangat2 berhampiran dengan kompleks membeli belah....
kemudahan yang disediakan sangat memuaskan hati...






dalam jam 5.00 petang kami berangkat untuk pulang ke kampung..
masih ada lagi agenda di malam harinya...

penat tetapi puas kerana satu keluarga dapat berkumpul...

terasa indah sekali!!

1 ulasan:

wanie berkata...

gembira tengok keluarga bahagia korang....