Rabu, 22 Februari 2012

RUMAH.......




rumah baru kami yang di ipoh sudah siap dalam 80%...
cuma tinggal kerja mengecat bahagian dapur dan bahagian atas...
entah bila dapat ke sana untuk meninjau hasilnya pun aku kurang pasti...
sentiasa sibuk tidak kira masa dan saat..

jika tidak kerana dek ditipu kontraktor lama sepatutnya kerja-kerja mengecat sudah lama beres...
kalau dingatkan memang bernanah hati ini...
dalam perjanjian cerita lain...
apabila sampai bab mengecat disuruhnya membayar wang tambahan...

aduhai....melayu oh melayu...
menipu sahaja kerjanya!!!!


dipendekkan cerita kami cari sahaja tukang cat yang boleh dipercayai...
mujurlah bapa mertua mencadangkan nama kawannya..
Alhamdullilah kontarktor yang ini boleh bertolak ansur...
harga yang ditawarkan amat berbaloi...

zaman moden ini orang kalau hendak tipu ada perlbagai-bagai ragam...
kes tentang rumah ini memang sudah biasa kita dengar...
rumah yang dijanjikan tidak menepati klasifikasi sebenar...
ada juga yang terpaksa membayar hutang bank sedangkan rumah belum siap...
hartanah makin lama makin melambung...
jadi jika ada duit laburlah untuk memiliki rumah sendiri...
tidak perlu besar asalkan dapat berteduh dan memberi keselesaan sudah memadai...


rumahku syurgaku!!!

4 ulasan:

Fuuhhhh la la ..... berkata...

woooo cantik gak nengok dari luar umah tu zura.... dah siap nanti wat homestay atau sewa ok gak kan.... ehehehhehehee

wanie berkata...

ipoh ke?awat jauh sangat bai?

ZUERA berkata...

fuuhhhh la la...di luar nampak cantik lau di dalam terserah kesemakannya..cadangannya begitulah..tapi rasa sayang nak orang duduh,huhuhu

ZUERA berkata...

wanie sayang hendak buat macamana..ini je yang harganya berbaloi..kat kl mahal sangat..tak mampu beb!!!!