Selasa, 21 Februari 2012

membaca jambatan ilmu.....


hobi yang telah lama aku tinggalkan adalah membaca novel..
setiap sebulan wajib satu novel akan aku beli...
novel pilihan aku biasanya datang daripada penulis-penulis kegemaran aku..
aku sudah sinonim dengan gaya penulisan norhayati ibrahim, ramlee awang murshid,nizam zakaria dan aisya sofea yang sentiasa ada kejutan...
bukan aku tidak mahu keluar dari kepompong mereka...
PERNAH!!
tapi teramat mendukacitakan...

aku cukup tidak gemar jika ada tertera nama-nama watak yang terlalu pelik untuk disebut dan terlalu janggal didengar...
misalnya seperti adrienna arrisya natsya ryan...
walaupun ada nama manusia sebegini,bukankah novel itu satu medium yang paling melekat di hati dan otak para pembaca....
juga merapatkan diri kita dengan penulisnya...

katakanlah watak yang dicipta itu berdarah kacukan,tidak perlulah penulis mahu mencipta nama yang terlalu bombastik...
salah satu watak novel berdarah kacukan yang melekat dalam otak aku sehingga sekarang adalah carl zafran dimana ibunya berbangsa sepanyol dan bapanya berdarah melayu dari novel CINTA PERTAMA... ...
bila aku tersebut carl zafran terus teringat watak-watak lain seperti nurul iman,pak tabib dan sebagainya...
bukankah ini sudah cukup molek...

beberapa penulis yang aku sebutkan namanya merupakan penulis berlainan genre penulisannya...
ramlee awang murshid misalnya cukup sinonim dengan genre thriller....
norhayati ibrahim dan aisya sofea merupakan penulis genre cinta yang penuh pengisian jiwa...
manakala nizam zakaria,aku tidak begitu pasti gaya penulisannya...
akan tetapi penulisan beliau sangat skeptical yakni melangkaui pemikiran penulis-penulis malaysia yang lain....
misalnya,watak yang diberi nama awang vampiro,mata kucing dan seri tertangguh yang bagi aku terlalu sinis serta melangkui kebatasan akal manusia berfikir...

aku suka membuat perbandingan antara karya penulis-penulis novel...
pernah juga aku membeli novel yang aku suka jalan ceritanya...
pada awalnya memanglah menarik....
namun aku berasa hampa bilamana nama-nama watak yang diberikan terlalu bombastik...
malahan olahan dan garapannya terlalu ringan....
situasi perbualan di antara watak-watak seperti dibuat-buat...
manakala perbualan itu sekadar biasa-biasa sahaja....

apa yang aku coretkan disini adalah sekadar pendapat peribadi aku sahaja...
pada hemat aku biarlah wang dikeluarkan itu berbaloi dari pelbagai sudut....
terpulang pada penerimaan masing2 sebab lain orang lain pandangannya...



notakaki:novel seharusnya mempunyai perasaan dan bukannya perasan


okiesss,babai

Tiada ulasan: