Khamis, 23 Februari 2012

cerita bersalin versi zura!!!


di atas permintaan ramai entry ini ditujukan untuk menjawab pertanyaan teman-teman pengalaman aku bersalin...
aku akan ceritakan seringkas yang termampu...
diingatkan bahawa ini adalah kisah benar...
semoga kalian mendapat manfaatnya...

MALAM SEBELUM KEJADIAN

semasa hendak masuk tidur wan menegur aku kenapa begitu air banyak di atas cadar...
kuantiti sangat banyak dan aku yakin ianya bukannya air kencing...
terus ke tandas dan didapati air tersebut berwarna putih serta terdapat titisan darah...
tidaklah aku panik kerana dari pembacaan sudah maklum yang ianya air ketuban...
tanpa berlengah aku terus membersihkan diri begitu juga dengan wan...
mujurlah semua pakaian aku dan bakal bayi telah disediakan...
kira-kira pukul 2.00 pagi menuju terus ke hospital ampang...
sesampai sahaja terus mendaftar di kaunter pendaftaran dan kami disuruh naik ke tingkat 4...
aku telah dibawa ke sebuah bilik untuk diperiksa oleh doktor...
kata doktor tersebut bukaan aku sudah 2cm...
sementara menunggu adanya wad kosong aku telah mengajak wan ke MCD berhadapan dengan hospital tersebut...
nasib baik doktor perempuan itu sporting...
dalam jam 5.00 pagi barulah ada katil kosong...
kerana penat maka tertidurlah aku...
wan pula pulang ke rumah emakku untuk memberitahu hal ini...

SEMASA KEJADIAN

aku terjaga dari tidur kerana dikejutkan oleh jururawat yang hendak memeriksa tekanan darah...
dia tanya aku juga ada terasa sakit tak?
dan aku cuma menggelengkan kepala...
SERIUS!!!
langsung tiada...
sesudah membersihkan diri aku bersarapan sambil berborak dengan pesakit-pesakit lain...
aku ditempatkan seramai 4 orang...
pada awalnya wan meminta 1 bilik 2 wad katil  tetapi memandangkan hanya wad ini yang kosong maka aku pasrah...
aku mulai terasa sakit kira-kira jam 9.30 pagi...
sakit yang pada mulanya 10 minit telah berselang seli menjadi 5 minit...
terus aku panggil jururawat...
dan setelah menyeluk jururawat memberitahu bukaan adalah 5cm...
aku diberikan ubat bontot dan diarahkan membuang air besar...
maaflah ketika ini aku tiada rasa seperti mahu membuang kadar hajat besar...
air ketuban mengalir dengan banyak beserta dengan darah...
aku ingatkan dengan berbaring maka sakitnya aku berkurangan...
namun ianya sia-sia sahaja...
lalu aku berjalan-jalan dari hujung ke hujung wad...
dalam setengah jam begitu kesakitan itu semakin kerap datang...
menjerit aku menahan kesakitan...
dalam suara yang terketar-ketar aku menelefon wan...
nasib baiklah wan sudah berada di lobi hospital...
dalam pada kesakitan itu sempat jugalah aku membaca surah yassin...
10 minit kemudian wan masuk ke wad dan cuba menenangkan aku...
sempat juga aku memohon maaf jika ada melakukan kesilapan...
sakitnya kontraksi itu hanya Allah sahaja yang tahu...

jururawat datang dan menyeluk sekali lagi...
dan kali ini terus dibawanya aku ke dewan bersalin kerana bukaan telah mencapai 9cm...
sepanjang perjalanan menuju ke dewan bersalin fikiran aku kosong...
wan menyakinkan aku semuanya akan baik-baik sahaja...
aku mengangguk faham dan menyerahkan segalanya kepada Illahi...
aku masuk dewan bersalin dalam jam 10.30 pagi...
jam bertentangan dengan katil...
jururawat menyuruh aku bertenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya...
adalah dalam 5 minit begitu doktor fauziah masuk...
terus dipanggilnya wan untuk menemani aku...
di kiri dan kanan aku adalah dalam 3 orang doktor pelatih...
siap minta izin wan untuk melihat proses bersalin
doktor mengarahkan aku teran apabila terasa sakit sahaja...
kali pertama teranan aku gagal kerana tidak tahu cara-cara yang teranan yang betul...
aku cuba untuk kali kedua namun gagal juga...
begitu juga dengan kali ketiga...
puas diajar namun tetap keadaan yang sama...
mujurlah doktor,doktor pelatih dan jururawat memberi semangat...
wan pula tidak putus-putus memberi perangsang supaya terus berusaha...
kata wan kepalanya sudah nampak...
mendengar kan sahaja, pada teranan keempat aku kerahkan segala tenaga meneran dengan sehabis daya...
tepat jam 10.49 pagi tanggal 18/7/2011 dengan berat 2.64kg penantian selama 9 bulan berakhir apabila terdengar tangisan bayi...
singgah di dahiku satu kucupan oleh wan kerana berjaya  melahirkan hasil benih cinta antara kami...
diletakkan bayi itu atas dada aku seketika sebelum diambil untuk dibersihkan...
dan aku bersyukur kerana bayi itu lahir dengan selamat dan sempurna fizikalnya..
.
sementara menunggu aku dijahit wan keluar untuk proses mendaftar wad selepas bersalin...
sekali lagi aku bersyukur kerana jahitan aku tidak banyak...
sumpah waktu ini walaupun sakit dijahit tidak aku rasa langsung...
kegembiraan mengatasi segalanya...
setelah bayi ku itu dibersihkan wan terus mengazankannya...
dan itulah kali pertama aku melihat air mata wan...
air mata kesyukuran katanya...
kemudian kami terus dibawa oleh jururawat ke wad selepas bersalin...
kutatap wajah comel anakku dan seakan-akan tidak percaya yang aku sudah menjadi seorang ibu...
tenang sahaja wajahnya dalam dakapan ku...
sepatutnya petang itu aku sudah boleh discaj wad...
tetapi memandangkan aku tidak membawa guarantee letter maka pihak hospital harus mengesahkan dengan tempat aku bekerja...

maka duduklah aku satu hari satu malam bersama bayi lelaki itu...
Alhamdullilah,kupanjatkan doa kerana dipermudahkan urusan semasa bersalinkan Muhammad Ra'if Rifqi...
dan paling berterima kasih kepada wan kerana sudi menemaniku menempuh detik terindah itu...
kata wan sampai bila-bila pun tidak akan dilupakan...
pengalaman yang akan diingati hingga akhir hayatnya...
syukur kehadrah Illahi semuanya berjalan dengan lancar...
Amin!!!


notakaki:kegembiraan berganda-ganda oleh kerana dapat bersalin normal seperti yang diimpikan!!

Tiada ulasan: