Khamis, 2 Februari 2012

ini pun jadilah!!

rancangan asal ke sungai tekala untuk bermandi-mandi terpaksa dibatalkan gara2 hero kecil demam...
nasib baiklah demamnya itu tidak membimbangkan...
bak kata doktor demam mahu beralih bulan...
jadi aktiviti itu digantikan dengan merayap beramai2 sekitar kuala lumpur..
dalam jam 3 petang terus ke gerai cendol di ampang...
sesampai sahaja semua tempat penuh dengan orang ramai...
adalah dalam 5 minit kami berdiri menunggu orang selesai makan....
oleh kerana rojak sudah habis kami berenam telah sepakat makan laksa...
memang benar kata adikku cendol dan laksanya sangat marvelous





selesai menjamu selera terus ke hospital kuala lumpur untuk menzirahi emak pakwe adikku..
emaknya baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kaki...
puncanya hanya terjatuh semasa menurun tangga di rumah..
wah menakutkan apabila mendengar cerita auntie sunah ketika menahan kesakitan sebelum dibedah...
doa kami semoga auntie cepat sembuh dan boleh bekerja semula...
Amin!!

selepas itu singgah sebentar di tesco ampang kerana emakku mahu membeli sedikit barang...
1 jam di sana syukur kerana iqi berkelakuan sangat baik...
walaupun demam dia begitu aktif dan ceria sekali...
inilah yang dikatakan anak seorang pemain bola..
kuat melawan kesakitan...
anak lelaki harus begitu...
tahniah iqi!!

notakaki:hari ini pergi kerja dengan keadaan hidung berair....redha sahajalah!

2 ulasan:

mamaelly berkata...

kenal tudung tu..hihihi

ZUERA berkata...

mestilah kenalkan...
selesa giler pakai sis..
nanti mahu beli lagi!!