Isnin, 27 Februari 2012

ini betul-betul penat!!!!


penangan cuti hujung minggu yang terasa kepenatannya...
manakan tidak bermula hari sabtu membawa ke ahad berjalan dari pagi sehinggalah malam...
si kecil yang gembiranya bukan main kepalang...
walaupun ruam-ruam di mukanya belum pulih tetapi itu tidak menghalang kami untuk membawa dia keluar...
kata doktor tiada apa-apa yang perlu dirisaukan...
perkara biasa untuk budak yang mahu membesar...
cuma harus lebih berhati-hati selepas ini kerana kulit budak sangat sensitif...
okey...habis di situ!!

bermula sabtu pagi terus memecut menuju ke gombak...
bapa saudara wan mengadakan majlis kesyukuran meraikan kepulangan anaknya yang telah tamat belajar di ireland...
kesempatan yang ada digunakan untuk bertemu dengan sanak saudara sebelah wan...
sembang punya sembang tidak sedar jam sudah pukul 3.00 petang...
makanya harus meminta diri kerana ke rumah teman wan di puchong...
jamuan makan-makan sempena cukur jambul anaknya...
sebelum pulang sempat jugalah aku mandikan iqi di rumah kawannya wan itu...
sampai di rumah kira-kira jam 9.00 malam...
dan iqi pula sudah tidur kerana keletihan bermain-main dengan kawan-kawan baru...

peluang yang ada aku ambil untuk menyiapkan kerja-kerja rumah seperti membasuh serta melipat baju...
masakkan bubur untuk bekalan iqi keesokan harinya...
selesai sudah semua kerja-kerja dalam jam 12.00 tengahmalam...

keesokkan pula,dalam jam 10.00 pagi begitu ke tesco untuk membeli barangan dapur...
harus pergi awal kerana mahu mengelak dari kesesakan umat manusia,hehehe...
iqi seperti biasa sekarang mana mahu lagi duduk dalam stroller...
jadi terpaksalah aku dan wan bergilir-gilir mendukung...
selesai urusan,langsung ke restoran bapa mertuaku di ampang kerana beliau mengajak anak menantu serta cucu makan tengahari bersama...
aktiviti seperti ini memang sudah menjadi kelaziman beliau lebih-lebih di hari minggu...
sambil berborak-borak kami menjamu selera...
semuanya hasil air tangan beliau...
terasa kemeriahannya apabila berkumpul sebegini...
banyak benda yang dibualkan sambil makan...

ketika itu hujan turun dengan lebatnya...
maka rancangan untuk berkaraoke terpaksa dilewatkan...
semua telah bersetuju untuk ke rumah bapa mertuaku terlebih dahulu bagi berehat-rehat sambil membersihkan diri...
untuk makluman,jarak restoran ke rumah bapa mertuka hanya mengambil masa selama 10 minit...
selepas waktu asar maka berangkat kami ke pusat karaoke...
mujurlah ketika itu ada bilik untuk satu keluarga...
semuanya ditaja khas oleh bapa mertuaku...
maka bergembiralah kami anak beranak sepuas-puasnya...
masing-masing tidak melepaskan peluang menunjuk bakat dalam bidang nyanyian...
dan aku sangat bersyukur kerana iqi tidak meragam...
teramat riang bermain-main dengan sepupu-sepupu yang sudah berpangkat abang dan kakak...
bapa mertuaku mem-booking selama 5 jam untuk kami seisi keluarga...
bagus juga pusat karaoke kerana menyediakan ruang solat untuk pelanggannya...
satu usaha yang sangat murni!!!!!!

tidak terasa langsung masa pantas berlalu...
dalam jam 10.00 malam berakhirlah perjumpaan kami...
walaupun kepenatan tapi kami sangat puas...
seperti kata bapa mertuaku anak beranak bila berkumpul sehari memang tidak mencukupi...
kena ubah rancangan pada masa akan datang di mana 2 hari lepak di rumah beliau...

pulang sahaja ke rumah terus tidur sehingga terlewat bangun pagi ini,hehehee...

inilah baru dinamakan kepenatan terlampau!!!

adios...

Tiada ulasan: