Selasa, 14 Februari 2012

kahwin juga akhirnya!!!

sebelum itu tahniah aku ucapkan buat abang sham di atas pernikahannya pada 6/2/2012...
baru ahad lepas aku dapat tahu berita ini..
bercampur baur perasaan ini kerana akhirnya tercapai impian abang sham bergelar suami...
yang pasti tertentulah terkejut...
tiada angin,ribut tup2 sudah berdua kini..

banyak kenangan aku dengan beliau...
jika hendak bercerita sampai 7 hari 7 malam belum tentu ada kesudahannya...
abang shamlah yang telah membawa aku ke dunia snokling
dia merupakan guru berenang aku semasa di uitm dahulu..
dari seorang yang zero tentang dunia renang kini semuanya telah menjadi mudah untuk aku...
hampir setiap aktiviti yang melibatkan snokling pasti aku sertai..
dari situlah aku berkenalan dengan mereka2 yang mempunyai minat yang sama....

aku masih ingatlah betapa marahnya dia dengan aku kerana setelah hampir sebulan mengajar aku masih tidak tahu berenang...
katanya jangan membuang duit jika belajar hanya untuk suka2....
kasihanilah kepada ibu bapa yang terpaksa membayar yuran...
jika masih tidak pandai2 eloklah berhenti pada cari minat lain...
aku sendiri pun tidak tahu mengapa bapa aku suruh aku belajar berenang...
memang tiada langsung dalam hati aku untuk memasuki kelas tersebut...
telah banyak kali jugalah aku memprotes namun bapa aku berkeras mahu aku mengikut kelas renang...
sapa yang tidak rasa tercabar apabila sering diherdik di pelajar lain...
dan sejak itu aku bertekad untuk belajar bersungguh2...
aku mahu buktikan kepada semua orang yang aku mampu lakukan...
sedikit demi sedikit gaya renangan asas telah dapat aku kuasai...
namun itu pula menjadi minat aku menjadi atlit walaupun teman2 mengatakan aku ada potensi...
malah aku jadikan ianya sebagai hobi di masa lapang...

terjebaknya aku dalam dunia snokling apabila abang sham kali pertama mengajak aku ke pulau redang bersama rombongannya
siap minta izin emak bapa aku lagi....
maka bermulalah episod perkenalan antara kami...
hairannya kami boleh menjadi rapat tanpa melibatkan apa2 perasaan...
aku hormat dia sebagai abang begitu juga dengan dia...
banyak kali juga kami bertikam lidah dek kerana berselisih pendapat...
tetapi itu tidak pernah menjarakkan hubungan teman tapi mesra kami itu...
kami saling mengenali keluarga masing2...
malah dipanggilnya emakku sebagai mama....
ramai teman2 yang menyangkakan kami sebagai pasangan kekasih tetapi cepat2 disangkal oleh kami berdua...
rapat tidak semestinya bercinta...
langsung tidak terlintas di fikiranku untuk ke arah itu...
bagi aku dunia remaja yang telah mengajar aku tentang erti persahabatan..
mungkin cara aku yang lebih terbuka telah menjadikan sesiapa senang berkawan dengan aku...
aku jenis yang suka berkawan tanpa mengira status dan pangkat...
asalkan masih tahu batasan sebagai perempuan itu sudah memadai...

setelah tamat belajar aku menjadi penganggur seketika...
dan pada masa itulah setiap 2 kali dalam setahun pasti aku akan ke pulau2 mengikut rombongan abang sham...
di situlah berputiknya cinta aku kepada dunia snokling...
dapat aku rasakan ketenangan apabila berada di dasar laut..
sehinggakan aku mengambil kelas skuba....
sungguh indah dan kelakar apabila mengenangkan setiap kenangan manis ketika itu...
menjengah ke alam snokling telah menjadikan aku seorang yang menghargai alam sekitar...
terasa suatu kedamaian yang sukar untuk dihuraikan...
hanya mereka yang mengalaminya yang dapat memahami maksud ku ini...

hubungan aku dengan abang sham tidak pernah terputus waima kini aku suruh berkeluarga...
masih lagi kami bertanya khabar masing2...
jika aku membuat jamuan pasti abang sham akan menghadirkan diri...
teringat lagi betapa terkejutnya dia apabila mengetahui yang aku hendak bertunang...
lebih membuatkan dia terkedu bakal tunanganku itu adalah kumpulan rombongan ke pulau tioman tahun 2009...
tidak pernah langsung aku ceritakan tentang hubungan aku dengan wan ketika itu...
kami simpan serapat2nya kerana mahu memberi kejutan kepada abang sham...
ah.....hampir aku ditempeleng kepala kerana merahsiakan hal itu....

pernah jua aku ajukan soalan kenapa tidak mahu kahwin kepadanya...
dan jawapan yang aku dapat hanyalah senyuman...
katanya belum sampai seru,hahahha!!!
masa berlalu dengan pantasnya...
pejam celik pejam celik dan akhirnya abang ku yang satu itu bertemu jodoh...
situasi yang sama seperti aku dahulu...
diberitahu setelah selamat dia diijabkabulkan...
rasa mahu menjerit kerana mengapa dirahsiakan saat indah itu...
katanya semua berlaku secara spontan...
Insya-Allah bulan 4 akan diadakan majlis sanding sebelah pihak lelaki...
dan aku pasti akan menghadirkan diri.....
sangat pasti!!!!!!


tahniah abangku MOHD NOORHISHAM aka sham di atas pernikahanmu itu...
hingga kini sukar dipercayai yang kamu sudah menjadi seorang suami...
sebagaimana kamu yang telah mendoakan kebahagiaanku lantas perkara sama yang aku lakukan...
tiada kata yang mampu adikmu ini tuturkan hanya beribu kesyukuran dan kegembiraan...

KITA TETAP KAWAN SELAMANYA!!!!!



notakaki:mahu menyelitkan gambar kami tetapi tiada dalam simpanan hp ku...semuanya telah diabadikan di dalam album gambar...kalau ada pun di facebook!!!!!

Tiada ulasan: