Isnin, 13 Februari 2012

hobi terbaru!!!

Asslammualaikum...

kekangan masa menguruskan rumahtangga membuatkan aku sudah lama tidak keluar menjamu mata di kompleks membeli belah...
cuma akan ke sana apabila mahu membeli barangan dapur..
jika berhajat mahu membeli baju atau seluar baru aku lebih selesa pergi bersendirian...
harus juga menghiaskan diri sendiri walau sesibuk manapun...
dahulu rajin jugalah aku meronda2 di jalan tunku abdul rahman setiap hari sabtu...
selepas itu singgah sebentar di sogo..
dan adalah dalam sehelai dua baju yang aku rembat...
kini semacam dapat aku rasakan hatiku semakin tawar untuk ke sana lagi...
atas dasar apa aku sendiri pun kurang pasti?

jadi untuk itu aku mengambil alternatif baru iaitu membeli secara online...
sebagai permulaan aku bermula dengan membeli tudung...
banyak juga gaya serta rekaan tudung yang menarik minat aku..
ikutkan hati mahu sahaja semuanya aku beli...
rambang mata apabila hendak membuat pilihan mutlak...
perempuan dan shoping mana boleh dipisahkan...
sudah menjadi resmi sejak azali lagi...
hati wanita mana yang tidak mahu bergaya..
alasan tidak punyai masa untuk menjaga penampilan diri memang harus ditolak ketepi..
teknologi yang ada perlulah dipergunakan sebaiknya...
betul tak?

membeli belah secara online ini memang menjimatkan masa...
lebih2 lagi untuk orang seperti aku yang sentiasa sibuk 24 jam...
hanya punyai waktu pada hujung minggu sahaja..
itupun kadang2 sibuk jua dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan teman2...
apa hendak buatkan..
semua dilakukan demi memenuhi masa berkualiti dengan anak dan suami...

semoga hobi terbaru aku ini tidak akan menjadikan aku seorang yang malas untuk keluar ke kompleks membeli belah..
tunggulah sehingga iqi sudah pandai berjalan baru mood itu datang kembali...


notakaki:http://mamaellycollection.blogspot.com dan http://akmalhijab.blogspot.com tempat aku ber-online membeli tudung.!!!!!!!

3 ulasan:

sihatbyMAMAELLY berkata...

thanx promote..

ZUERA berkata...

tarak hal punya
:)

wanie.... berkata...

wah sudah maju ye nok!