Khamis, 11 Ogos 2011

siang tidur malam berjaga!!!!



salam khamis...
ke-bluran telah melanda aku hari ini kerana satu malam aku tidak boleh tidur....
rifqi tengah malam tadi telah mengajak aku bermain2 dengannya....
aduhai anak.....sabar jelah kan?
pelbagai2 cara aku gunakan untuk menidurkannya tetapi semua gagal......
susu ibu+susu formula telah aku berikan tetapi tidak berjaya........akhirnya aku pasrah dan bermain2lah dengan dia....
yang anehnya rifqi tidak menangis pun malah semakin dilayan semakin ligat pula matanya hendak pejam....
fenonema tidur siang dan berjaga waktu malam telah aku lalui selama rifqi dilahirkan di dunia ini...
mula2 dulu aku akui yang rungutan sentiasa meniti di bibirku...pernah suatu hari aku menangis kerana esakan rifqi yang tidak henti2 membuatkan aku tertekan....
tetapi kini aku sudah boleh memahami keadaan bayi kecil seperti rifqi....
apabila siang hari sahaja selepas 2 jam aku akan mengejutkan rifqi dari tidur...
yang itu petua dari mak aku....

tidak mengapalah rifqi,selagi termampu mama layanlah kamu...

sepanjang menjadi ibu aku dapat rasakan suatu kelainan yang tidak mampu gambarkan...
agak susah untuk diterjemahkan dengan kata2...walaupun tidak cukup tidur namun ianya pengalaman yang sangt2 manis...
rengekan,tangisan,kemanjaan kamu wahai anakkum muhammad ra'if rifqi sentiasa indah di hati mama...
membesarlah kamu rifqi dengan sihat dan cergas...........


notakaki:puasa tinggal lagi 2 minggu makanya tinggal lagi 2 minggu kita mahu berhari raya...yeah....suka,suka,suka!!!!





Tiada ulasan: