Selasa, 16 Ogos 2011

berpantang itu terkdng menyeronokkan!!!!!


assalammualaikum...
sedar tak sedar cuma tinggal lagi 2 minggu kita akan beraya....
pejam celik pejan pantas sungguh masa berlalu...
meskipun aku sedang berpantang namun aku juga turut merasai kemeriahan berpuasa itu...
berpantang itu juga boleh dikategorikan seperti berpuasa juga kan?
cuma cara dan situasi yang berbezala...
bercerita tentang berpantang tidak banyak yang aku boleh kongsikan kerana boleh dikatakan yang 90% konsep berpantang yang aku ikuti...
aku masih bertungku,memakai bedung,berpilis dan berurut seperti kebanyakan wanita selepas bersalin...
dari segi pemakanan pula aku tidak mempunyai sebarang masalah...
dari zaman sebelum kahwin hinggalah kini apabila menyentuh tentanh bab2 pemakanan memang aku agak berhati2 juga...
aku bukanlah jenis yang suka makan sangt...apa yang disediakan oleh emak aku terima seadanya..
emak juga sudah sedia maklum tentang menu2 dalam pemakanan kecuali aku dari dulu memang elergik dengan makanan2 laut seperti sotong,udang dan ketam...
ubat2 tradisional yang aku amalkan adalah tablet pati ikan haruan sahaja....
akar2 kayu untuk diminum memang aku tidak berminat untuk menelannya....
aku cuma mengambil ubat gamat untuk disapu dibahagian jahitan itu sahaja...
alhamdullilah semakin lama jahitan itu semakin pulih...
betul lah kata orang bersalin secara normal proses penyembuhannya tidak mengambil masa yang lama....sakitnya cuma sekejap sahaja jika dibandingkan dengan pembedahan....
apapun aku bersyukur segalanya berjalan dengan sebaiknya...

semasa berpantang ini aku telah diperingatkan supaya menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal...
tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa berfikiran positif...
pada minggu pertama berpantang aku akui yang aku sangt tertekan...
sudahlah ketika itu sedang sakit,rifqi pula tidak mahu tidur pada malamnya....puas sudah diberi susu dan dipujuk supaya tidur namun matanya tetap berjaga...
oh sangt mencbar ketika itu dengan keadaan yang sebegitu ditambah pula kekurangan mndapat rehat...
tidur pula sekejap2 sahaja kerana diganggu oleh rengekan rifqi di malam hari....
namun aku sangt2 bersyukur kerana emak dan adikku turut sama membantu...
dari hari ke hari aku belajar menyesuaikan diri dan alhamdullilah sehingga kini boleh dikatakan aku berjaya mengharunginya....
aku sentiasa tanamkan dalam diri yang aku mampu lakukan walaupun wan tiada di sisi...
orang kata,apabila suami berada di sisi maka datanglah kekuatan untuk mengharungi segala kepayahan semasa berpantang....
ah apalah sangat hendak difikirkan tentang hal ini kerana aku harus memahami situasi wan
faktor kerja dan kekangan masa membuatkan wan jarang bersama aku dan rifqi....
namun setiap hari sebelum berniaga wan akan datang meluangkan masa sekurang2nya 2 jam menjenguk kami...
bersyukur sangt2 kerana masih boleh berjumpa,bercerita dan meluahkan segalanya walaupun cuma seketika....

baiklah semua sekian sahaja coretan aku...
sebenarnya idea aku mencurah2 namun kemalasan untuk menaip membantutkan untuk bercerita lagi...

selamat malam.....



Tiada ulasan: