Khamis, 4 Ogos 2011

cerita bersalin saya....

salam malam jumaat semua...
coretan kali ini aku ingin kongsikan detik2 aku hendak bersalin....

17.07.2011-ahad

hari minggu begini aku jarang keluar sebab mahu mendapatkan rehat yg secukupnya...rutin harian seperti biasa...bangun seawal pagi membuat kerja2 rumah seperti membasuh dan melipat baju,mengemas rumah,memasak dan menonton televisyen...sementara wan awal2 pagi sudah keluar kerana menjalani latihan bola sepak...pada malamnya aku menonton televisyen bersama dengan wan...tiada apa2 perubahan berlaku kepada aku ketika itu...kisahnya bermula apabila kami masuk tidur kira2 jam 12 tengah malam...ketika itu tidak semena-mena air membasahi katil dan aku sangkaan itu adalah air kencing...tapi apabila aku pergi ke tandas didapati air yang aku sangkakan air kencing itu keluar bersama2 dengan darah...ini tidak lain adalah air ketuban lalu aku terus menjerit kepada wan dan memberitahu hal yang sebenar...muka wan masa itu sangt2lah cuak dan mengarahkan aku terus bersiap mandi untuk ke hospital.....setelah siap kami pun terus menuju ke hospital ampang....kami pergi dengan keadaan ynag sangt tenang sebab semua barang2 keperluan bayi dan mamanya telah dipersiapkan awal2 lagi....setelah sampai di hospital terus pergi ke kaunter untuk pendaftaran...selepas selesai urusan di kaunter kami naik ke tingkat 4 dan aku terus diarahkan ke sebuah bilik untuk diperiksa...oh..masa dalam bilik itu perasaan aku sangat tenang cuma yang membuatkan aku rasa sikap cuak apabila doktor mahu seluk melihat berapa bukaan cm aku...selpas itu,doktor memberitahu yang aku kena masuk wad sebab ianya sudah buka 2cm...aku selamat masuk wad dalam pukul 4 pagi...sementara itu wan masih setia menunggu di lobi sebab menanti sebarang kemungkinan berlaku....masuk sahaja wad aku terus tidur sebab sangt2 letih...

18.07.2011

aku bangun dari tidur kira2 jam 8 pagi.....tabiat tidur yang sememangnya tidak boleh dihindari di mana2 sahaja walaupun keadaan genting begini,hahahah.....dipendekkan cerita aku perut aku rasa sakit dalam jam 9 begitulah...masa itu kekerapan sakit itu berselang selama 5 minit....aku cuba bertahan ketika itu...tetapi setengah jam kemudian kesakitan itu semakin lama semakin sakit...jadi aku terus panggil nurse...setelah diperiksa beliau memberitahu yg bukaan sudah 5cm...dan ketika itu aku mengambil peluang ini berjalan2 sedikit untuk meredakan kesakitan....kira2 jam 10 pagi kesakitan itu semakin lama semakin sakit...sakitnya hanya Allah yang tahu...dan aku terus sms wan dan bagitau yang aku rasa sudah semakin dekat untuk bersalin...wan masuk ke wad dan terus memanggil nurse sebab melihatkan keadaan aku yang macam orang tentu arah...kelakar mengenangkan saat2 itu....ketika itu aku dapat melihatkan kecuakkan wan,heheheh....sementara menanti nurse periksa aku sempat meminta maaf kepada wan dan satu kucupan singgah di dahi aku...sangt2 sedih ketika itu dan entah kenapa tiba2 air mata aku mengalir....nurse macam biasa akan menyeluk dan ketika dia memberitahu bukaan sudah 9cm beliau menyuruh aku bersiap sedia ke labour room....semasa proses bersalin aku tidak mengambil masa yang lama untuk meneran...aku masuk labour room dalam 10.30 pagi dan aku selamat bersalinkan rifqi dalam jam 10.49cm...alhamdullilah proses bersalinkan rifqo tidak sesukar seperti yg aku gambarkan...kesakitan nya tidak sesakit semasa contraction....meneran tidaklah sesukar mana sebab doktor dan nurse banyak membantu aku....dan yang paling penting kehadiran wan telah banyak memberi semangat kepada aku...perkataan pertama yang keluar dari mulut aku setelah rifqi lahir di dunia adalah terima kasih Allah....sangt2 indah dunia apabila doktor meletkaan rifqi di dada aku...dan aku dapat tatap wajah anak aku setelah 9 bulan menanti...hilang segala kesakitan yang telah aku lalui...syukur kini telah lengkap keluarga aku...kesimpulannya bersalin adalah tidaklah sesakit seperti yang digambar2kan....dan aku bersyukur kerana proses semasa bersalinkan rifqi dipermudahkan oleh Allah...d
kira2 jam 11.30 pagi aku terus masuk wad dan dibenarkan pulang pada keesokkan harinya...

sekian sahaja coretan bersalin aku..dan yang paling2 penting impian aku untuk bersalin secara normal akhirnya tercapai,hehehe


salam bulan ramadhan!!!!!!

Tiada ulasan: