Rabu, 3 Ogos 2011

setelah 2 minggu kamu di sisi mama

muhammad ra'if rifqi usianya sudah 16 hri...
jadi bermakna tinggal lagi 3 minggu proses pantang aku berakhir....
apabila bercerita ttg pantang terus terang aku katakan ianya sangt membosankan...
sapa yg penah mengalaminya pasti memahami apa yg aku maksudkan...
tapi demi untuk kesihatan jangka pjng maka tiada pilihan selain dari bersabar melalui proses itu...
sebenarnya entry yang ingin aku coretkan adalah bagaimana pengalaman bersalin tapi memandangkan hari ini aku malas hendak taip terhasillah cerita ini,hheheheh

bercerita ttg anak alhamdulillah rifqi setakat ini membesar dengan baik....
tiada bayak kerenah cuma apabila hendak susu rifqi akan merengek
sejujurnya aku memmg hendak susukan rifqi sepenuhnya dengan susu ibu....
namun apalah dayaku kerna rifqi sangt2 kuat menyusu...
orang kata anak lelaki memang kuat menyusu...mula2 aku akan keberatan untuk memberi susu formula...
namun aku harus akur kerna susu ibu tidak mencukupi untuk rifqi....
selepas pantang ini,aku harus cepat2 membeli pam elektrik agar rifqi dapat merasai susu ibu pula dengan sepenuhnya...
untuk makluman rifqi tidak mahu menghisap puting breast jadi sebagai alternatif lain aku gunakan botol untuk menyusukannya...
buat masa ini susu ibu aku perah menggunakan kaedah manual iaitu perah dengan tangan sendiri...
memang agak lenguh tapi apa mahu buat...
tidak mengapa ianya pengalaman yang menyeronokkan..

setelah ada anak barulah aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu itu....
walaupun penat dalam keadaan pantang namun itu bukanlah halangan untuk memberi layanan yg terbaik untuk si kecil ini...
aku harus berterima kasih kepada emak sebab bayak membantu aku...terima kasih mak!!
cabaran yang paling besar adalah ketika awal kelahiran sebab rifqi berjaga pada waktu mlm....huhhhhh sangt2 mncabar mental dan fizikal....nasib baik mak dan adik2 sudi menjaga rifqi secara bergilir2....
sekarang alhamdulillah semuanya berjln lancar...dan yg penting rifqi dpt menyesuaikan diri dengn suasana sekarang
begitulah harapan aku dengan penerimaan rifqi dengan rumah aku nanti.....harap2 tiada apa2 masalah nanti....
secara keseluruhannya,aku sangat gembira menjadi mama...
walaupun pada mulanya agak kekok namun setakat ini berjaya di atasi.....
perasaan wan pula bagaimana?
mestilah tersangat2 gembira sebab impian dia mahu anak laki tercapai....
katanya ada geng main bola apabila rifqi sudah besar...
silap2 boleh gantikan babah dia,hehehe



Tiada ulasan: