Khamis, 18 Ogos 2011

sedangkan lidah tergigit


aku percaya yg hidup sebagai suami isteri ini kalau tak bergaduh tak sah kan...
tipulah kalau sebagai suami isteri tak pernah melatah atau tercuit sedikit pun..
takkan sepanjng masa berlagak tenang seolah2 tiada apa yg berlaku...
pada hemat aku gaduh dalam rumahtangga itu adatlah..sedangkan adik beradik yg sedarah sedaging boleh bergaduh inikan pula teman sebantal...
kadang2 apabila berselisih pendapat ini boleh mengeratkan hubungan suami isteri...
tetapi biarlah secara sihat dan tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..
aku bangkitkan isu ini sebab ada segelntir dari isteri2 apabila bergaduh dengan suami,maka akan terpaparlah catatan di dinding facebook menceritakan tentang masalah mereka...

"suami saya tidak pandai mengambil hati saya.."

itu antara contoh luahan isteri jika berlakunya pergaduhan suami isteri...
sebenarnya banyak lagi contoh2 yang berlaku di depan mata....aku rasa korang mesti pernah melihat situasi begini....kdg2 hairan dengan sikap para isteri yg seolah2 mahu membuka aib suami...memanglah hati tengah marah...mendidih bagaikan minyak yg panas namun haruskah meluahkan perasaan untuk tatapan umum...itu belum lagi komen2 yg tidak bertauliah...sangt2 memalukan....

pada aku,eloklah hal2 sebegini dibawa berbincng...jika rasa tidak puas hati luahkan dari hati ke hati apabila semuanya telah reda....bertentang mata luahkan isi hati,ketidakpuasan yng bersarang di hati...kalau pendam2 pun tak guna...sebab kita orang perempuan ini apabila segalanya telah terluah sekurang2nya rasa lega sedikit....seperti rasa hilanglah beban di dada,hehehhe
alternatif lain adalah dengan cara teknologi sekrang samada sms atau email saja kepada suami anda itu,heheheheh....apa saja yg dirasakan sesuai manfaatkan lah selagi tidak mengaibkan diri sendiri mahupun kelurg..cra begini kan bagus seperti dituntut dalam agama...bukan dengan mencanangkan di laman2 sosial..tidak salah berteknologi tetapi biarlah kena pada tempatnya...

aku kalau bergaduh2 manja dengan wan selalunya akan gunakan kaedah bersms....aku luahkan segalanya sampai sejelas2nya...apabila semuanya sudah jelas barulah lega hati aku sedikit...apabila sampai di rumah aku buat seperti tiada apa yg berlaku...kami akan menjalani rutin harian sperti sedia kala...isu2 semalam tidak akan diungkit....tetapi selalunya sebelum tidur aku akan minta maaf di atas apa yg telah berlaku...begitu juga dengan wan...selagi tak minta maaf hati aku tak tenang....apapun,pergaduhan antara suami isteri adalah normal...tetapi biarlh pergaduhan itu yng kecil....kdang2 pergaduhan itu merangkumi banyak aspek..antaranya berkaitan hal rumah,hal anak,hal mak mertua dan perlbagai2 lagilah...tetapi biarlah diakhir pergaduhan ia menjadikan kita seorang yg sabar dan matang...anggap saja itu semua asam garam dalam rumah tangga...sedangkan lidah tergigit inikan suami isteri...yang penting kasih sayang antara suami isteri tidak akan pudar apabila bergaduh2 manja ini,hhheheheh

renung2kanlah....

yang baik jadikan teladan manakala yg buruk jadikan sempadan!!

Tiada ulasan: