Ahad, 7 Ogos 2011

persiapan raya kami....

salam semua.....
ketika entry ini ditulis rifqi baru sahaja melelapkan matanya....apabila anak sudh tidur baru boleh melakukan kerja-kerja lain....
memasuki umur 20 hari perkembangan rifqi sangt2 baik dan diharapkan dia akan terus membesar dengan sempurna....
dengan keadaan aku yg sedang berpantang ini rutin harian hampir sama setiap hari..
sementara menunggu rifqi bangun aku mandi terlebih dahulu selepas itu bertungku sambil menonton televisyen....
aku jarang berbekung di siang hari kerana kepanasan...(hehehhehe,megda2kan)
selalunya aku lakukan pada waktu malam.....
apabila rifqi bangun sahaja bermulalah episod supermak aku...
cabaran yang paling mencabar ada;ah ketika hendak mandikan rifqi....oh dulu masa mula2 mandikan rifqi aku akui sangt2 takut...
maklumlah bayi sekecil rifqi memerlukan pengawasan yang rapi semasa mandi(poyo je kan)

sbenar2nya aku entry ini aku hendak berkongsi ttg persiapan raya kami...
walaupun masih terlalu awal untuk membicarakan hal ini namun persiapan awal kena dilakukan...
maklumlah 1 bulan 44 hari tidak menjenguk rumah sendiri jadi banyak yang aku kena lakukan...
aku sangt2 teruja menyambut raya kali ini kerana ini merupakan raya pertama aku sebagai seorang isteri dan ibu....
sapa yang tidak excited oi!!!
langkah pertama aku menyediakan kuih raya yang hendak dihidangkan kepada tetamu yg datang...
yang itu tidaklah sukar sebab aku awal2 lagi sudah membuat tempahan....
senang sahaja kan????
bab2 mengemas rumah aku serahkan tugas itu kepada wan untuk diuruskan...
duit raya telah aku sediakan dan hanya tinggal untuk di tukar sahaja....
hooooooo yeah sangt2 genbira mahu menyambut raya kali ini...
tamatnya tempoh berpantang aku adalah pada hari raya kedua....
oh...tidak sabar rasanya mahu bebas dari berpantang!!!!!! dan yang paling best mahu membawa rifqi berjalan di hari raya dan dapat duit raya yang banyak,hehehhehehe

bagaimana dengan persiapan raya korang semua!!!
mesti lebih hebatkan?

salam hari minggu!!!!

2 ulasan:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya berkata...

wahh,,, sempat lgnak pikir raya,, baju raya rifqi dah ada lum?

ZUERA berkata...

biasalah akak...aku belajar dr ko la nie....
baju melayu untuk dia tak belilah sebab semua baju2 lagi best dr dia..
aku beli baju raya biasa2 je....