Selasa, 16 Ogos 2011

kerja itu satu ibadah....


sedar tak sedar hampir 5 tahun aku bekerja di opis aku sekarang ini....
untuk pengetahuan inilah kerja aku yang pertama setelah tamat belajar du UITM
bekerja di jabatan yang bergelumang dengan wang ringgit makanya hari2 kerja aku berkaitan dengan cek...
selain itu ada juga kerja2 sampingan lain yang masih berkaitan dengan wang...
apabila hari2 tengok wang beribu2 terkadang tergerak di hati,"alangkah bagusnya jika aku kaya sebegini...untungnya jadi org kayakan"??????
ah...bukan duit aku pun tapi duit kerajaan....
tidak perlulah aku huraikan tugas aku dengan secara mendalam sebab ianya agak susah untuk diperjelaskan,hehehe

pelbagai kenangan pahit manis payau kelat sepanjang aku bekerja di sini
dari seorang yang zero,tidak tahu apa2 banyak yang aku pelajari sepjg bekerja di sini....
tunjuk ajar yg diberikan oleh bos dan bekas bos juga telah mematangkan aku dalam menghadapi tugasan....
alhamdullilah aku gembira bekerja disini....
hubungan aku dengan teman2 sepejabat juga sangat baik..kesimpulannya aku tiada apa masalah sama ada dalam tugasan mahupun dengan teman2 yang lain...
kalau ada tergigit lidah itu biasalah...percanggahan pendapat dalam bekerja adalah sesuatu yg normal...namanya pun sedang bekerja kan?????
walaupun bos bersilih ganti namun aku suasana kerja di sini...
tidak terlalu bising dan sesak seperti di bahagian2 lain....
bos2 pun sangat baik dan boleh bertolak ansur dalam beberapa hal...

cuma apabila sudah mempunyai anak ini aku rasa seperti mahu bertukar tempat kerja dengan rumah aku...
maklumlah jika berlaku apa2 senang untuk bertindak..
buat masa ini itu masih di peringkat cadangan lagi...
hal ini pernah aku utarakan kepada wan dan beliau tiada mempunyai apa2 bantahan...
dengan kesibukan wan membuatkan aku terfikir untuk bertukar di kuala lumpur...
apabila sudah masuk kerja selepas berpantang akan aku buat surat permohonan bertukar....
sedih memang sedih tetapi apa mahu buat...segalanya dilakukan demi anak kan?kerja di mana2 sahaja asalkan pandai membawa diri...
semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah...

AMIN!!!!!





notakaki:inilah gambar aku apabila ada event di pejabat....dan saja letakkan gambar2 ini sebagai semangat kepada diri sendiri untuk kembali seperti di atas,haahhahah








Tiada ulasan: